Saturday, February 26, 2011

- sape tanak cantik?!

"...BENGKEL IMEJ SISWA/SISWI CEMERLANG..." kos yg L kena bayar hanya RM3.00. mewah makan. breakfast. lunch. and minum petang. ilmu yang L dapat sangat banyak. menariknya bengkel di bawah anjuran Unit Kaunseling & Kerjaya [HEPA], UniSZA...dikendalikan dengan sangat santai oleh Puan Yasmin Siddik. overall, memang best. sape yg x pergi, memang rugi. kenapa rugi? hello. cuma bayar rm3.00 jek untuk dapatkan ilmu yg x ternilai harganya tu ok. kalau kt luar, confirm mahal.

banyak2 slot yg dikongsikan, slot yang paling menarik adalah slot penjagaan diri. wow wee..~! TIPS PENJAGAAN DIRI. dari mata turun ke hati uol. first 10 seconds impression is very important. L selesa sgt kawan ngn org tu kalo kuku kaki bersih, gigi pun cantik, and xde masalah haruman-haruman semulajadi. bermakna, beliau itu tahu menjaga penampilan diri. so, let's check it out ;)

1stly, dalaman. ok. bersihkan hati. penting. cemane carenye, terpulanglah. sbb anda yang lebih tahu pasal hati masing2. hehe. tanyelah sape2 yg dikategorikan cantik, beliau-beliau itu akan menyelitkan tips ini jugak.

2ndly, SCRUB. berapa kerapkah kita menyental daki-daki yg sekian lama melekat di badan kita? masing2 taw kirakan? ok. start from today, let's make it as a habit. weekly habit. maximum 2 times a week. lebih dr itu kulit akan kehilangan kelembapan. tujuan scrub nak buang daki. bukan nak hilangkan kelembapan semulajadi tu. bahan2 yg boleh digunakan untuk tujuan scrub - oats, hampas kelapa, limau purut, petola yg telah dikeringkan. menarik kan?

n then, penjagaan muka. ouh! only now L tahu yg seuncang teh tu pelbagai guna rupanya. selalunya L guna uncang teh yg dah digunakan untuk letak kt mata. selain drpd tu, daun teh dlm uncang teh tu boleh digunakan untuk cuci muka. koyakkan uncang tu and amik daun teh tu. lepas tu, gosokkan kt muka. dlm urutan membulat dr tengah ke luar. jangan gonyoh! jangan sental! L pelik sgt bile ade wanita yg mencuci muka dengan kasar. KULIT MUKA BUKAN MACAM KULIT KAKI uol. adoyay. memandangkan L pun sgt la cerewet nak beli pencuci muka, so lepas ni boleh praktikkan tips ni. hehe. jimat pun jimat. uncang teh tu kalo xnak guna untuk cuci muka pun xpe. ade lagi kegunaan lain. uncang teh yg telah digunakan tu, simpan dalan peti sejuk. esok, rendam balik dgn air panas. n then, suamkan. dah suam tu, boleh la guna air tu tuk buat basuh bahagian kewanitaan masing-masing. tradisional x? hehe.

untuk penjagaan muka ni. ade lagi tips tambahan. MADU dan SUSU. selain bagus untuk minda, madu jugak boleh digunakan untuk jd topeng a.k.a facial mask! bagus x. beli 1 benda, boleh pakai untuk perkara-perkara yg lain. JIMAT. topeng kecantikan ni sgt2 penting. sehari, beri peluang selama 1 jam tuk kilang di kulit wajah masing2 bekerja untuk membaik pulih sel-sel yg dah penat seharian bekerja. muka dan bibir. tp jangan la pulak tido dgn bibir yg bermadu tu, esok kang kalo bengkak dah jd cite lain pulak. untuk yg selalu senyum, ceria tu..this is the bonus! untuk yg sebaliknya pulak...err. what should i say ekh? kadang-kadang L pelik la. kenapa memilih untuk masamkan muka? kenapa x senyum? sedihlah! hehehe. SENYUM. kita akan lebih cantik dengan menguntumkan senyuman. esok, kalo dah xleh senyum..jgn menyesal pulak taw! ;P

untuk susu, menjadi agen pencerah semulajadi. betul! babah L kate, ziana zain tu putih sbb mandi susu la. dulu xde la gelap. cume x secerah skrg ni. caranya, amik susu dalam sesudu dua then sapukan kt muka. kalo rase muka tu lebar, x cukup...nak amik lebih pun boleh. dapat buat seminggu sekali pun ok. hari-hari pun lebih baik. L prefer guna air basuhan beras. senang. pesan mummy.."jgn sampai setitik pun air basuhan tu jatuh dlm beras ekh..kalo ade kang siap ko k.long.." ahaha. rindu!

teh. madu. susu. oat. petola. ape lagi? rasenye, itu je kot. bukan bertujuan untuk merubah wajah taw. yg tu kena buat plastic surgery la. tips2 ni adalah bertujuan untuk menaikkan seri wajah kita. xde la mendung jek. value-added kate org kampung L. murah dan semulajadi. ;)

lastly, tell me now. how many workshop like this will share with you this kind of tips? NONE. except, BENGKEL IMEJ DIRI SISWA/SISWI CEMERLANG, UniSZA. thank you UniSZA. ;)

Friday, February 25, 2011

- jumpe sudah!!! yeayyy me ;)

terjawabnya segala persoalan yg ade jek kadang2 x bg salam dengan selumber melintas kt dalam otak ni. hrftt!!~ terase penat gak la. hehehe. L ckap pasal sorg kawan lama. ade. L pnah mentioned name die sebelum ni. tp beliau ni dah lame hilang pun. sampai kan tertanye2 jugak member yg lain pasal beliau yg sorg ni. hari ini, semua dah dapat jawapan tu. beliau sihat. Alhamdulillah. beliau ok. so ok la. L harap die bertambah-tambah bahagia. Amin.

untuk beliau,
"saya doakan awak dr jauh awak. mungkin saya pernah buat awak terasa hati. tp, cara kita berbeza. xpe. awak tahu ape yang terbaik untuk awak kan. yg penting, awak pernah jd 'bahu' tempat tumpahkan air mata saya. awak mmg kawan yg baik. antara yg terbaik yg pernah saya kenal.awak jaga diri baik2 k. saya tetap sayangkan awak. sungguh!"

- a very fine morning. the sun is shining. the birds are chirping ;)

ouh. pertama kali dlm sejarah me and my roommate bgn awal!!~ sepanjang 7 bulan we all bersekedudukan ni..inilah first time. hehe. bangun pagi...n, L bukak blog. die bukak buku. die kan excellence. ;P

nak story telling pasal hal smlm. hurmm. lepas kelas BLS3033 sya a.k.a rabbit tu ajak breakfast. then, lepas setel ngn Miss Zanirah, so..dengan slumberlah menonong ke cafe favourite dak ecah tu. usha punya usha, L decided nak makan kue teow goreng + teh beng. biase jek la rasenye. berbaloi la ngn harga. in the same time, sibuk la last minute study subjek BES3013. [CRITICAL READING] yg paling last siap makan mcm biase la..Nik Nur Aisyah jugak. hehe. dah siap semua, nak bergerak ke class. on the way tu, baru TERINGAT. yg L pg td dah niat PUASA. deng!!!! Ya Rabbi!! punye la teruk tahap pelupa L. benda yg super duper penting mcm tu pun boleh lupa. adoyay. dah makan sampai kenyang baru nak teringat?!!! urghhhh. so, lunch hour L x dapat nak teruskan puasa. sbb rasa loya. migraine. due to restless [only 2 hours of sleep within 24 hours!] and the overdose of caffeine intake. hahaha. dah lame x minum instant coffee ni sebenarnye. teringat dark mocha from starbucks ;(

ok. pg ni L start dengan blog and facebook. jap2 lg nak main game. time basuh baju td..alih2 jek terfikir. what if, i could save RM50 per month? well, since mummy and babah bg bantuan talian hayat more or less RM500 per month. xkan la nak saving RM50 pun xleh kan..? buat style dah dapat gaji la ni. whereas, U NEED TO SAVE 10% FROM YOUR MONTHLY INCOME. so, itulah azam baru tahun ni. walaupun, dah februari..dulik ah. duit L. ok.sayonara...happy friday ;)

Thursday, February 24, 2011

- sapelah saya untuk menilai awak!

the week of test baru jek sudah. n, next week is the week of assignments. kepala x berapa nak rase sedap sgt hari ni. headache. dizziness. due to restless [only 2 hours of sleep] and! overdose caffeine. 3 sticks of instant white coffee. faedahnye, rase cam preggy dah! loya-loya dan x selesa. jawab test td pun mcm nak xnak jek..x ikhlas ;(

ok. after class, merewang berjalan jap ke cafe dengan kepala yg terase sgt berat. pastu melepak kt bawah jap dengan gadis2 yg menggilai meminati korean stuff - syu, jaa, af and tirah. sambil melepak, perhatilah org2 yg lalu-lalang. mcm biaselah. sambil perhati sambil komen. hehehe. x. x. bukan nak komen. 'eh? x cantiknya die..?' atau pun, 'ishk! buruknye die..!' x bukan tu. sapelah saya untuk menilai ciptaan ALLAH yg Maha Pencipta tu. TETAPI, melihatkan perangai-perangai jelik tu yg kadang-kala hati ni, ade jek yg x kena dgn org tu. ;P

"..dari kerana mata, yang mempunyai rahsia. ouh. aku tergoda. aku tergoda terkeciwa.."

pesanan L tuk semua, please! your attitude. the first 10 seconds impression is very important. mmg la secara logiknya apa ada pada 10 saat yg pertama tu. tetapi, besar impaknya dalam hidup kita andai kita tahu cara untuk memanipulasikan peluang itu. bukanlah L maksudkan mengambil kesempatan. 'merebut peluang' mungkin frasa yg lebih sesuai. :)

Wednesday, February 23, 2011

- Pro A vs Pro M

hey all!!~ ok. entri hari ni. A vs M. memandangkan pilihanraya baru jek sudah. tahniah kepada yang memenangi kerusi yang dipertandingkan. time lunch td...sya ade tanye L.."kak, pro M tu ape?"

well, melalui pemahaman L la kan..Pro M membawa defini 'menentang'. dlm konteks ini Pro M masih lagi pelajar tetapi menjadi pembangkang. ala2 parti haluan kiri lah ni.

ok. Pro A pula membawa definisi 'aspirasi'. yg bermaksud pelajar yang mendokong aspirasi pentadbiran universiti a.k.a kerajaan. parti haluan kanan.

sambung sya lagi..'abestu..yg sebelum ni jd Pro M..skang ni jd MPP, consider jd Pro A ke?' hehe. cute jek die bile banyak tanye mcm tu.

andai kata ade Pro M yang tetibe berubah menjadi Pro A, that person must be in trouble. haha. would u like to label yourself as a 'traitor'? harapan kami, warga pengkritik MPP UniSZA ialah agar wakil Pro M yg dipilih menjadi 'suara' pelajar dapat terus tegar memperjuangkan hak pelajar. eh. we will only keep our mouth shut if everything is F.O.C. plus, is that wrong for asking about our NEEDS?

perlu ke Pro M?? jawapan L, perlu. yg x perlu cuma Pro L jek. hahaha. back to the topic. ;P
kenapa Pro M perlu? pada pemerhatian L yg ntah bile dapat mandat jd pemerhati ni...seandainya tiada yg membangkang sudah tentu akan berlaku perkara-perkara yg boleh kita kategorikan sebagai "suka hati". akan tetapi, tidaklah pula kumpulan Pro M ini bertindak terlalu ekstrim. buat setakat inilah. apa yang berlaku di UniSZA masih lagi dalam kawalan. berhemah gitu. hehe.

nasihat kepada warga PEMBANGKANG, membangkang biarlah dengan bijak dan berasas. pentingkan yang penting k. SELAMAT MEMBANGKANG ;)

kepada perwakilan yg baru,teruslah merealisasikan manifesto kalian. kelak, akan dipersoalkan di akhirat. jangan terlalu selesa duduk di kerusi yg empuk itu k. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS!

Tuesday, February 22, 2011

- minggu paling ketat! :(

minggu yg sgt memenatkan otak. quizzes and test. selasa - phonetics & phonology. rabu - language and society a.k.a sociology. khamis - critical reading. jumaat - admit Critical Care Unit! mujur jugak test french haritu x tangguh. followed by another week, submission of assignments. ok! ape lagi tanggungjawab pelajar? hahaha.

eh. by the way, dlm pada kalut2 nak buat preparation tuk quizzes and test, ade jugak beberapa acara lain yg berlangsung pada masa yg sama uol. PILIHANRAYA. BES and MPP. mcm2 gelagat! yg paling kelakar...org yg biasa2 tp nk jd luar biasa. sibuk la melobi diri 'i am the best so far..'. pilihanraya MPP ini serentak untuk semua IPTA. Alhamdulillah. L dah jalankan tanggungjawab tuk kedua2 pilihanraya. yg pastinya UNDI ANDA ADALAH RAHSIA ;)

kepada yg bertanding, tahniah diucapkan. semoga anda dapat merealisasikan segala manifesto anda. kepada yg membantu mereka yg bertanding, terima kasih jugak kerana cakna dengan hal ehwal semasa. cuma, nak pesan, yg dahulu didahulukan, yg kemudian..dikemudiankan. bila ada 8/10 org menceritakan hal yg sama tentang diri anda, maka itulah anda. secara x sengaja, anda telah membuat pemaparan kendiri.

p/s : ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORD. bonne nuit!!~ je t'aime. Mwaahhhh,

Sunday, February 20, 2011

- serik nak berbf kan mereka ;)

entahkan kebetulan. entahkan suratan. tp ape yg L listkan ni melalui kajian x rasmi L la kan. haha. L memang x boleh nak serasi dengan lelaki2 yg ade ciri2 ni. setakat kawan boleh kot. tp, beyond from that point, InsyaALLAH x la. err..err. senang cite mcm ni la. xyah jd kawan pun xpe la. haha. sbb sebelum ni pun my BFF dah remind mende yg same. ;)

Negeri asal : Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Melaka, N.Sembilan , Johor,Pahang, Terengganu, kelantan, Sabah, Sarawak
Bulan Lahir : Januari, Februari, Mac, April, May, Jun, Julai, September, November,

Oktober, November, Disember (cukup 12 x?!)


ok. yg tu..kriteria utama yg menjadikan L phobia tuk meneruskan hubungan ke fasa yg seterusnya. bajet hot pulak! ahahaha. dun care! sekian , terima kasih.