Wednesday, October 27, 2010

- happy birthday sayang!

listen up everybody. today is my lovely BF birthday. Mr. Mohd Badhrul Nizan. i love you so much honey. i just want u to know that i love you so much. saat b sedia terima cinta sayang, saat itu juga la b dah bersedia untuk terima segala kekurangan syg. terima kasih sbb sudi melayan panas baran b. hehe. i love you honey! Mwahhhhhhhhh~!!

Sunday, October 24, 2010

- BESARNYA makna DOA [Episod : MUHASABAH DIRI]

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.


ehsan salin dan tampal : Mdm Rose

Saturday, October 23, 2010

- dengarlah wahai bayu. dengarlah duhai ombak. dengarlah sang pepasir. aku ingin berbicara!

puas! walaupun mungkin persiapan untuk kelas UBI esok x begitu sempurna but at least i have done something. i am trying! so, really pray that tomorrow everything will be ok. amin!

last minute exercise this evening at Tok Yu beach really helped. this is all about INSOMNIA. so, ladies and gentlemen, tomorrow i would like to talk about sleeping disorder or sleeplessness problem. ;)

then, tomorrow's night i need to struggle one more time for linguistic assignment. 5 articles need to review. will i have the insomnia too?! maybe. hahahahaha.

terima kasih yang tidak terhingga kepada sang bayu. begitu juga kepada si ombak dan butiran pepasir pantai yang sudi menjadi pendengar setia tat kala L mencari kekuatan untuk pembentangan esok. doa sudah, usaha sudah, ikhtiar pun sudah. yang tinggal skrg ni tawakal. L mohon padaMu ya Allah. moga dipermudahkan segala urusan L esok hari. amin!

ouh! today is not a good day for Shida my darling when her baby met with an accident. the problem came when the person who drove the car only has 'L' license! so sorry Shida sayang. i am the first that she's looking for when she get the news thru sms. poor Shida sayang.

to Shida sayang, hope Allah will replace all of this with something better ok dear. be strong! ;) do believe that every bad things come with the good thing. always!

Thursday, October 21, 2010

- x salah kalau merendah diri [Episod : MENCARI KEREDHAANMU]

Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina."(Almukmim:60)

Sifat sombong atau takabur ini boleh di bagikan kepada dua, iaitu, takabur lahir dan takabur batin. Takabur lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah (pangkat, kealiman, darjat keturunan) daripadanya.

Ketakburan itu adakalanya dapat dilihat melalui perbicaraan, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat.
Imam Al Ghazali berkata ;
"Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar."

Orang yang sombong atau takabur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya.; ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandingnya.

Takabur batin ialah membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat di dalam hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah lahirnya kata-kata membanggakan diri. Iblis menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam, katanya, " Aku lebih baik dan mulia dari dia (Adam), aku dijadikan dari api sedangkan dia dijadikan dari tanah," lalu dengan angkuhnya Iblis enggan tunduk kepada Nabi Adam, sehingga dengan itu menyebabkan Allah melaknat Iblis dan keturunannya.

Takabur boleh dibahagi kepada tiga: Takabur terhadap Tuhan, Takabur terhadap RasulNya dan takabur sesama manusia. Takabur kepada Tuhan ialah tidak memperdulikan ancamanNya dan memandang remeh segala syariat dan peraturanNya.

Takabur dengan Rasulullah ialah enggan mengikuti petunjuknya. Orang Quraisy zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda adalah anak yatim yang miskin. Orang Yahudi pula tidak mahu mengikut Nabi Muhammad kerana baginda bukan dari keturunan Bani Israel. Kebanyakan orang sekarang pula tidak mahu mengikut ajaran Rasulullah kerana menganggapnya kolot, orthodoks, ketinggalan zaman dan berbagai alasan lagi.

Merasa lebih tinggi dari orang lain adalah takabur sesama manusia. Orang berpangkat tinggi merasa patut dihormati, dimuliakan dan menganggap orang lain rendah. Apabila seorang isteri berpangkat tinggi dan ada nama, susah untuk taat dan memuliakan suaminya, sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat. Seorang alim ulama' bersikap takabur apabila ia memandang remeh terhadap orang lain kerana menganggap dia sahaja yang benar, jika ditegur walaupun benar, teguran itu ditolaknya.

Takabur ialah penyakit hati yang merbahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah. Ditakuti melalui tindak tanduknya akan menampakkan akhlak yang buruk. Kata-katanya pula akan menyakiti orang hingga menyebabkan mereka hilang kepercayaan. Lebih bahaya lagi jika ia mewakili jemaah atau parti, nama parti akan terlibat akibat sikap angkuhnya dan akhlaknya yang buruk.

Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya. Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, jangan lah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa sikafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.

Lawan daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri. Sekiranya seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.
Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah;
"Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh."

Urwah bin Azzubair berkata; " Tawadhuk ialah alat untuk mencapai kemuliaan. Lantaran itu Rasulullah, para Nabi, para sahabat , para aulia' dan orang-orang soleh suka merendahkan diri dan memiliki sifat tawadhuk. Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Aku diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih di antara menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan Raja, maka Jibril memberi isyarat kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba, maka saya pilih Nabi dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku pertama manusia yang keluar dari bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak."

Tegasnya untuk menghilangkan sifat sombong dan takabur perlulah bermujahadah bersungguh-sungguh. Buat sesuatu yang menyebabkan kita dipandang rendah. Datangkan rasa rendah diri dan berlaku tawadhuk. Sesungguhnya tidak hina orang yang merendah diri. Allah telah memuji hambaNya yang tawadhuk dan akan mengangkat darjat mereka.

Sunday, October 17, 2010

- selambak assignment. sebaris presentation. sebeban masalah. sebaldi baju x basuh!

penat. letih. tired. exhausted. kalau ade perkataan yg lebih tinggi darjahnya untuk menggambarkan keadaan diri L skrg ni, L akan gunakan perkataan itu.

bukan sebab setia dgn mukabuku. bukan sebab membuat tugasan disaat2 akhir. bukan jugak sebab pengurusan jadual yag tersalah masa. bukan. tetapi, masalah-masalah yang datang tanpa sempat merancang. mungkin!

harini jek L dah ponteng kelas UBI. sepatutnya hari ni ade public speaking. damn. kerana sibuk menguruskan urusan pembayaran yuran pengajian. namun, tidak jugak selesai. lebih mengecewakan apabila pembayaran bil tersebut telah tersalah masuk ke akaun penerima yang lain! letih. tersangat letih. dah la hari ni hari terakhir untuk membuat pembayaran tu..n now jd masalah mcm ni plak. adoii.

maknenye, esok sekali lg terpakse bekejar ke Bank Islam...hurmm. teringat Love Letters. berlaku musibah atau kesusahan kerana dek kesilapah kita sendiri. pesan cerdik pandai, jgn mengeluh. sebenarnye kita x layak pun untuk menegeluh. ujian yg dtg tu pun tanda Allah kasih kan kita. jadi, untuk ape mengeluh?! sepatutnya kita bersyukur sebab telah terpilih untuk nikmat dan kasih sayangnya. Ya Allah. semakin aku cuba menghampiri..terasa semakin kuat dugaan. ;(

terus beri aku ketabahan ya Allah. aku pohon diberikan kekuatan.

skip klas UBI. esok presentation UIU3012. lusa presentation BMF3012. in the same time. 2 assignments still pending. alahai. hidup makin tunggang langgang~!

dari keadaan itu, hasilnya = bilik bersepah + sebaldi baju x basuh! huwwaaaaaaaa...~ im so bloody tired ;(

Wednesday, October 13, 2010

m e l o d i h a t i : Pesona Dzulaikha by Suhaimi


indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

- dilemma!

ouch. its october! aiyo0. rase mcm baru je masuk unisza neh..alih2 da nak final. hadoi. da la hampir dgn raya haji. kalau balik mmg confirm x study nye la. so..antara dilema nk stay ke nak balik. hurmm. yang pasti..babah confirm sedih kalau L x balik. so, perlu dipertimbangkan jugak.

memang mcm x caye la. selepas berhempas pulas satu demi satu assignment...satu demi satu presentation. akhirnye, hampir berakhir pun sem pertama. hrfttt. hope result sem ni ok. siyes! lepas 1 demi 1 harapan punah...skang ni cume harap pointer ok jek. da mintak ape lg dah. harap yg itu jek. moga2 dipermudahkan. amin!

ouh. will end my year on 26 in another few months. ahahahaha. also unbelievable. lalala...!~ xpe3. life must go on. hope, next year will be better than next year. insyaAllah.tetap menerima lambakan perutusan raja sehari. sorry guys. seriously i cant attend da function. no matter wut, i'll always for your happiness ok. i love u so much.

my dear sweetheart, by ade benda yg by nk request dr syg. itu pun kalau syg ok la...hopefully syg ok ekh. for the sake of us, for the sake of my study and for the sake of our Australia...i think we have to do this. i'll let u know later ok syg. luv u!

Sunday, October 10, 2010

- yeayyy!!~ happy october ;)


yess! yuppie. yuppie. its a great month. after been struggled in black september like hell. pheww..~ haf a short break. 2 days. wif him. its really short. in the mean time i still have another commitment. im so sorry darling. we will haf our great time next time. insyaAllah. amin. thank you so much for make my weekend perfect. even i used to pissed off due to my over-exhausted and dehydration condition. so sorry ;(. thank you for being so understanding and sporting. i love you so much! Mwahhhhh..~!!

thank you too to FBK's women hockey team. it is along time for not touch the stick! huh! however, its a great game anyway. thanks all ;P




my Mr. Bard dgn kesengalan yg melampau. love u dear! Mwahh ~!!






my man!




a great momento ;)