Monday, July 25, 2011

- pssstt! perlu ke awak nak tiru saya?

wahahahaha. bajet cam rrrretis sgt uols.entry kali ni nak cerita pasal tiru meniru. bukan time nak jawab soklan peksa jek mende ni ade ekh. istilah bijak pandai - PLAGIARISM. istilah biase2 ni tiru la. well, nak kesahkan pasal tiru meniru ni bukannye ape. pasal ade BFF L yg perasan blognya dikatakan meniru org lain. org tu pun pada awalnya dikatakan meniru blog BFF L ni jugak. fuhhh!. awak tiru saya. saya tiru awak balik. gitu!

tp, setetal L kaji...bukan untuk memenangkan mana2 pihak ye. blog yg BFF L ni xde pulak nampak mcm meniru. entah ape la taksubya beliau yg mencoretkan kisah tiru-meniru tu ekh.

well, darlings. i just want to remind u. kita memang x boleh nak elak org tiru kita. walaupun kisah peribadi. ade jugak stok yg memang muka xtaw malu uols. memang hobi salin-tampal pun ade. blog tutorial pun ade jugak. sebijik. sebulat mcm blogger asal. tp blogger asal relaks jek bila ade yg mengadu

" xpe. kalau ko nak tahu, itulah salah satu cara nak popularkan blog ni...'
haa..~! nampak? my advice, simple. come out with ur originality. org nak tiru ke. x tiru ke. lantak kt diorg. assignment pun ade kes tiru-meniru gaks uols. ni lagi mende2 yg mcm ni. untuk gambar2, yg L boleh nasihatkan TOLONG LETAK WATERMARK!. yg tu salah satu cara untuk org suka hati salin-tampal hak peribadi kita la kan. tp kalau idea, andai kata xnak kena tiru jugak SILA DAFTAR UNTUK HAK CIPTA. then, boleh saman org yg meniru tu. hahaha.

berapa banyak blog resepi yg uols jumpe? berapa banyak blog yg gossip pasal artis yg korg jumpe? berapa banyak pulak blog yg cerita pasal politik?! blog tutorial?! lg la melambak. hello. hello. konsepnye same. cume mungkin jalan cerita yg berbeza. lalu dengan ini, tapayah la nk heboh satu kampung org tiru idea ko? paham?!

make it simple. every people has her own ways. so, just keep ur mouth shut. jgn jadi mcm ayam, baru telur sebiji ko dah riuh sekampung mcm ko hebat sangat. bear in ur mind.


: : ape nengok2? : :

last but not least, terima kasih pada blogger yg sudi highlight blog BFF L. kalau ade yg terpengaruh dengan propaganda murahan u tu, sah2 la org tu sengal. buta huruf. hehehe. org menghormati anda, kerana anda pernah menghormati org lain. :)

ok darlings, be safe wherever u are. no naughty2. bonne nuit mon cheries. je'taime. Mwaaaahhhhh!

Wednesday, July 20, 2011

- kosong

let us bow our heads,

Dear ALLAH. I come to You as humbly as I know how. I confess my sins, those known and unknown. ALLAH, You know I am not perfect and I fall short everyday of my life, but I want to take time out to say Thank You for Your mercy. Thank You for my health, my family and my friends, the roof over my head, food on my table and everything I have. AMEEN.

ingat pesan ni,

hari ini, kita di sayangi kerana suatu ketika dulu kita pernah menyayangi. kita dimarahi kerana suatu ketika dulu kita pernah memarahi org lain. sama jugak dengan menghormati. kita dihormati kerana kita pernah menghormati org lain suatu ketika dulu. hidup bukan setakat untuk hari ini. pesan kawan L yg baru tu, selagi ada daya untuk berjuang terus berjuang untuk dunia dan akhirat. kita ada bahagian masing2. :)


ok. ilmu agama L bukanlah tinggi. paling tinggi pun 'jaid jidan' untuk peperiksaan sekolah rendah agama. tp ALHAMDULILLAH. lihatlah keburukan org lain sebagai 'teguran' untuk diri kita sendiri. jgn pulak jadi ikutan. yg penting, bercakap biar pada tempatnya. bukan bermaksud untuk mendiamkan diri. tapi, jgnlah kerana silap lidah badan binasa pulak nti. tidak perlu terlalu extreme hokayh? ade jugak kawan L yg lantang bercakap. anehnya, lantangan suara itu idea kosong. mencari publisiti? mungkin. hehe.

berbincang pasal cakap a.k.a molot ni kan darls, ade jek la perkara2 yg buat kita x puas hati. kerana molot la kita x bertegur sapa kan? kerana molot jugaklah org suka kt kita. bak kata mak ita a.k.a mak mertua L yg x jadi -

'kita suka sgt dengan anak awk ni. dari dulu lagi kita berkenan. time arwah zafrul tu ade kalau kita lalu kt kedai mmg kita selalu usik dia...'

haaaa..~ kalau x, dah memang sah kawin dah ni uols. laku jugak L ni kan? hik3. ade jugak yg berkenan rupanya. perasan sgt x? hahahah.

as i am here, not to judge anyone. but once u start to judge me, u'll see the real mean of me. :)

setakat itu bebelan hari ini. start dr malam td, hati ni dah jauh terbang ke Muar. lalalalala. berangan lagi. be safe. calins et de baisers. bonjour mon cheries. je'taime. Mwahhhhh!




--------------------------------------------------------------------------------------LA FIN <3

Monday, July 18, 2011

- pemanggil misteri : bila ada 2 informasi yg berbeza!

hye darls..~ how's life? hope semuanye berada di dalam keadaan sihat sejahtera ye. walaupun berada di tengah2 bulan skang ni, harap emosi semua masih stabil. :P

03.00am. dah jadi rutin terbaru L skang ni - bergayut di dahan chenta. ngahahahaha. tah setan ape la yg dah merasuk L neh. topik di pagi yg berbahagia ni : entah. let's play with it. adoi. nampak sgt dah xde topik nak bincang. hehehe. ade la yg weol bincangkan. tp L rase bukan untuk tatapan umum kot. nti jadi riak pulak kan. not good :)

my mum : '...long, esok ko jgn lupe mintak ipad sebiji atas tulang hantaran tu ye...'
L : '...xnak la. along nak playbook dr blackberry jek. x pun samsung tab...'
[dalam hati] errr...tidak kelihatan seperti wanita pencukur kah?

haaaa..~ baru semalam my mum pesan - KITA NI JADI PEREMPUAN JGN NAMPAK SGT MATERIALISTIK. lalu. apakah motif pesanan itu wahai makanda ku? ok. tinggalkan cerita my mum.

cerita L pulak. tipu la kalau L kate x seronok dpt kawan baru. tapi, untuk mengesahkan sume tu kena la melalui procedure ISO kan uols. xkan L dengan rela dan serah diri - '...ok. i setuju nak kawin dgn u...'. mmg tak la. untuk itu, L dengan x pasti tanye la kt org yg dikatakan sudi memperdagangkan no L neh. fuhhhh! memang lain la cerita mereka berdua ni. jauhnya mcm langit dan bumi. without further due, L tanye sendiri kt tuan punya badan. mati2 la tuan punya badan ni mempertahankan cerita beliau. berkali2 L bg peluang untuk cerita yg sebenar masih jugak dgn jawapan beliau. adeh. bukan mudah rupanya.


:: it is not an easy part ::

ok. as to play safe, L cuma meletakkan 10% jek kepercayaan pd beliau neh. tu pun dah banyak kot. i do not want anything to disturb my study. hati sendiri kena jaga sendiri kan? hehehe. take it easy darls. :)

Ramadhan bakal menjelma. ok, x sabar! hehehe. hopefully ibadah Ramadahn kita kali ini akan diterima ALLAH. buat dengan seikhlas yg mungkin. bila cerita-cerita pasal kahwin ni L selalu terfikir pasal mati. sebab, bila dah kawin nti rase mcm makin tua. hehe. belum kawin lg dah fikir mcm tu. :P

entah kenapa la perasaan tu saling berkaitan. bila teringat mati pulak tiba2 kecut perut. ferghhhh! mengenangkan azab ALLAH tu. x tertanggung rase. :'(


:: Ya ALLAH, tuhan yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat diriku, keluargaku, agamaku dan bangsaku ::

oleh yg demikian, kepada semua para penghutang ku, L dengan seikhlas hati menghalalkan hutang-hutang anda pada L. xnaklah kerana duit tu nanti L nak berdendam. tapi setakat itu jek la usia persahabatan kita. fyi darls, hati seorang pendendam xkan rasa tenang. mudah pulak dihasut syaitan nirrajim. waduh! mcm mana ALLAH nak pelihara hati kita kalau kita sendiri xnak jaga? betul x? ilmu-ilmu kerohanian ni perlu dipupuk. kalau hati cantik secara naturalnya kita pun akan nampak manis. tepuk dada tanya iman.
psst!: err..babe, sila abaikan nota ini ye. nota ini tiada kaitan dengan anda. sekian.
kena ingat ye sayang-sayang ku. apa pun yg berlaku pada kita adalah kerana perbuatan kita sendiri. not to forget that. :)

ok darls, sebelum masuk beradu. yg ni pesanan untuk yg albumnya masih single -


:: yakinlah dengan janji ALLAH ::

sebagai penutup ngomelan hari ini. jangankan pisang berbuah dua kali. L pun x pasti kenapa org tua2 kate gitu. patutnya, untungla kan? ish. calins et de baisers.bonne nuit mon cheries. je'taime.
Mwaaaahhhh!~ lekat dalam hati okayh :)

--------------------------------------------------------------------------------------LA FIN <3

Sunday, July 17, 2011

- m e l o d i h a t i : Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Shila Amzah, Ning Baizura

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Saturday, July 16, 2011

- lanjutan kisah pemanggil misteri :)

taraaaa..~ in a very good progression. terima kasih kepada abg ady kerana sudi menjual no L pada si dia. wah..~! 'si dia' pulak dah. ngeh3.

well, bukan berangan. bukan jugak menganyam impian. it is easy to say that..i'm flowing with the flow. woot. wooot..~ man! i'm still on the earth. not yet to the moon. kalau semalam topiknya ialah - TANGGUNGJAWAB. ok. secara sukarela si dia yg mulakan topik itu. and myseLf just given out my opinion. so far, we are in the same boat. sounds great! hahaha.

topik malam ni - MASAK. sah2 la L mengaku TIDAK TAHU. unlike other men, he said -

' ...xpe. kalau iya xtaw masak, abg boleh tolong masakkan...'
whoa..~ tahu pulak si dia ni memasak?

' ...tahu la jugak. masak nasi. masak telur...'
lorh?!!! itu jek. L x makan nasi. xkan nak hadap telur goreng jek ghari2. bak kate Babe - boleh kena sakit jantung uols. hehehe. baik beli kt luar jek..betul x?

' ...xpe. kalau iya busy abg pun busy...abg boleh sediakan pembantu rumah...'
hokayh! sila eja dengan betul. P.E.M.B.A.N.T.U R.U.M.A.H. wahahaha. gue bakal punya bibik dong. nikmat banget. syukurillah. <------ nampak sangat beghangan kan? yg penting. yg ni angan2 L ekh. korang tayah la tiru. angan2 pun nak tiru ke? :P

last but not least - ' ...take care sayang. jgn tdo lewat sgt. be good...'

[errrkk? sayang? siapa? woi!]

a lot of questions keep on come across my mind. either me who are paranoid or...yeah. i have to consider about it. susahnya bila bercakap soal hati. denggg! nak kawin ke iol? hahaha. bukan haritu kate nak study sampai master n only then baru cakap pasal kawin ke? kan? kan? sila kembali ke jalan yg lurus L. pfttttt!!!


:: hurmmm! ::

hehe. ok darls..~ happy weekend. be safe. hugsandsmooches. je'taime. Mwahhhhh!!

--------------------------------------------------------------------------------------LA FIN <3

Thursday, July 14, 2011

- pagi yg gelap, kini sudah terang :)

salam pagi Khamis. my dad's day. morning!!!! homaigod. punye la malas nak update blog. sume benda nak cite. molot. hati. jari. sume nak bercakap. sampai tersasul2. hahaha.

1st - MPP Shima info ade tarikh baru untuk Minggu Mesra Siswa. it will be extended from 4th Sept to another new date. yippy. yippy yeayyy! maknenye boleh beraya lame cket. hahah. and2..xyah la nak berpantun ngn makanda L pasal kena balik awal. memandangkan balik kampus kali ni makanda and pakanda L yg akan hantar.

2nd - hari selasa baru-baru ni L punya public holiday. oleh yg demikian, saje la amik inisiatip untuk mengemas sarang tikus yg dah beberapa tahun dibiarkan tu. hehe. homaigod! banyak gila 'kenangan lama' yg L jumpe. ehehehehehe. jom tengok ape yg L dpt sepetang itu! :)

these are what i found in my old closet!


:: my second nokia ::


:: surprisingly. it sill has money! :) ::


:: special memory from my exboyfie. goleo. ::


:: x pernah pakai. jahanam dah. x teringat pun ade die :( ::


:: x pernah habis. L mmg ade perangai tu sampai sekarang. hehe. ::


:: my childhood :) ::


:: souvenir for Malam Pra-Graduan UiTM Arau, Perlis. miss Perlis! ::


:: gilakan stuffs ni kejap! hehehe ::


:: my first lesson about rempit. haha ::


:: sampan-sampan L ::


:: terjumpe! ntah bile menabung ni pun L x ingat. tapi rasenye duit ni dah lame. since keje ngn Perodua lg. hehe ::


:: never been played ::


:: proud moment ::


:: champion uols! ::


:: #1 fan! ::


:: comot ::

haaa...~ sijil ni mmg x bleh hengat la. hahaha. pasal L bukan jenis yg suke dengan camera. bukan senang ye untuk L menggayakan senyuman. i have to control my mouth from over-smile. sebab kurniaan ALLAH ni sedikit lebar kan. so, kena la adjust cket bg nampak molek dalam gambar. hehe. kecik2 dah pakai jilbab. Tadika Yayasan Islam Terengganu. muslimah sgt uols. hahaha.

stuffs yg xboyfies bagi sume ade lagi. ngeh3. it makes me rethink! ok. not to be selfish. :)

allrite darls. till here. jgn abaikan tanggungjawab. jgn tinggal solat. be safe wherever u are. hugsandsmooches mon cheries. je'taime. Mwaaaaaahhh!

Tuesday, July 12, 2011

- panggilan ketiga! [rumusan]

morning darls..~ 04.43am. gagah sangat nak update blog. kih3. baru lepas bergayut ni uols. topik malam ni - EVERYTHING IN PROGRESS. wah! in progress neh. 03.40am pemanggil misteri tu baru balik kerje. baru hantar barang tuk customers. selepas, 3 hari beliau x call. :)

pembuka bicara beliau - '...2 3 hari x call iya, rase rindu jek...betul iya. abang teringat2...'
ngahahaha. ayat cliche. mane2 lelaki yg nak mengurat perempuan confirm la akan keluar ayat tu kan? L jawab, mane2 lelaki yg call pun akan jawab mcm tu. especially hubby org. L da lali pun dengan ayat tu. sebenarnye L dah mula rase serrraaammm! :P

ayat merendah diri - '...abang tahu kalau nak dibandingkan antara abang dengan iya abang jauh tertinggal. segala-galanya la...'

dah tahu tu x reti2 nak kejar2? hahaha. xkan la L nak cakap mcm tu kan. well, L pun x tahu ape yg beliau bandingkan. L jawab, biase jek. xde apa2 pun yg berlari untuk tinggalkan beliau.

beliau tanya - ' ...iya ni...memang kt tempat kerja xde ke yg kate sayang ke. calling2 iya ke..'

memandangkan beliau pun xde la nak tanye L ni kerja ape, so L jawab jek la 'TAKDE'. kalau die tahu yg L ni keje dengan makcik2 tu rasenye beliau pun tahu kot soalan tu x logik. nak bersayang2 nak calling2 dgn Cik Mah and Cik Nah ape kejadahnye. adeii.

ayat tambahan - ' ...kalau gitu...rasenye boleh lagi ni...'
walaupun sudah boleh dijangka apa yg dimaksdkan beliau, tetapi L tetap bertanye jugak. apa yg boleh ekh?

entah ikhlas entahkan tidak dr hati beliau - '...abang sayangkan iya...'
ngahahaha. homaigod! L jawab. abang, pg ni baru panggilan ketiga yg abang buat. takkanlah abang dah sayang. baik abang istighfar sekarang. jgn dengo bisikan setan tu. abang dah solat istikharah ke belum ni? ishk. [sambil gelak2. xkan la L tiba2 nak maki beliau pulak. sentap kang]

sebagai yg boleh dikatakan penutup - '...iya rase2 bile nak kawin...?'
dah prepare pun skrip untuk soalan tu. L jawab insyaALLAH hanya selepas selesai ijazah. kalau boleh biar lepas master. dalam 5 tahun lagi. tapi, jodoh ni bukan kuasa kita. kalau kate terbuka hati ni kang, insyaALLAH bersedia dah. L tanya beliau, abang bila nak kawin?

beliau jawab - '...abg tunggu iya kawin la. lepas iya kawin baru abang kawin...'
ok. hopefully beliau jelas dengan keadaan sekarang. no such commitment. plus, its too early to discuss about love-future-marriage-wedding. so, for the sake of both parties and to make it easy let it be 'opened'. L tidak meletak sebarang penghalang untuk hubungan itu. and tidak jugak menghalang beliau untuk memilih yg lain. senang bukan? man. my past experiences taught me all of these.

ok darlings...no matter where you are. just be safe ok. je'taime. Mwaaahhhhh!!~


:: 3, 2, 1...cinta! ::

----------------------------------------------------------------------------------------LA FIN!

Sunday, July 10, 2011

- new kitten on the block :)



Nama surat beranak- seth tan kecil
Nama komersial - buntat
Tarikh Lahir - N/A
Tempat Lahir - depan pintu rumah [bukan lahir actually. alih2 jek ade depan pintu]
Tabiat - garang nak mampus. time makan selalu buat gaya mcm kebulur sgt
Keistimewaan - kecik dan manja!
Nama Penjaga - L

at the 1st place, mmg x suke dgn die ni. pasal x berapa lawa. hehe. so layan x layan jek la. tp, die ade ekor yg istimewa. terkibar2 ekor die mcm bendera. hehe. sekarang ni sehari x jumpe jek mst cari. walaupun die duduk kt luar. :)

walaupun die kecik tp die mmg x takut dgn yg lebih besar dr die. gaduh tu normal! hehe. mula2 dulu risau sangat. sebab tiap2 malam ade jek bunyi die kena pukul. tp sekarang die dah kamceng dah dengan yg selalu pukul die tu. hehe. yang x pasti lagi sekarang ni jantina. entahkan jantan entahkan betina tu. tp rasenye betina sebab bulu die kaler campur2. welcome to our family buntat! :)

Thursday, July 7, 2011

- its 04.00am :)

baru je selesai 'berdebat' dengan pemanggil misteri tu. topik malam ni - EKONOMI. dahsyat x? hehe. lantak hang la labu. first call pkul 10.00pm tu mmg x leh nak layan. sorry ekh. sibuk layan SHOWDOWN 2011 Grand Finale. so, here are the results -

4 - Rokusteps
3 - Bounce Stepperz [kek pandan korang mmg sedaplah!!]
2 - HMC Phlow
1 - Elecoldxhot

tahniah ECX. memang dah dijangka pun. tp HMC Phlow, korang perform battle td memang stylo bro. for me, BOS berada di tempat yg ketiga pun dah rase mcm juara dah. my mum pun suka. korang mmg boleh pegi jauh BOS! i love you :)


:: juara hati L ::

berbalik pada pemanggil misteri tu. L pun xtaw mcm mane boleh termasuk topik ekonomi tu. maybe untuk menjelaskan lagi keadaan kot. but, as the conclusion he came up with 3 words about me -mesra, manis,tegas.

man! only with two nights he talked to me he can draw my characters? well. i'm not as sweet as he thought as i reminded him the same. baru lagi. memang sumenye manis-manis. :P


:: diabetes ::

ok. nak cerita pasal Bersih 2.0. bahaya sebenarnye topik ni uols. silap kata mmg buruk padahnya. L pun bukan nak cerita pasal bersih ke kotor ke. cumanya, peeps! we dont have to be so extreme to show off our feeling a.k.a dissatisfaction. Islam menganjurkan muzakarah. bukankah itu yg lebih baik? L ade post di FB - sejauh manakah pengetahuan anda tentang Bersih 2.0? ade yg tersasar dr landasan yg benar. tujuan demo itu adalah untuk memperbetulkan Parlimen. ade pulak komen2 yg L bace deyol xtaw pape pun pasal tujuan utama demo tu. yg deyol taw nak ikut joint. nak hangatkan suasana. hello. korang x rase bodoh ke? and, again. nasihat L, jadi manusia biar ade pendirian ekh. tayah la rase 'cool' sangat nak bercakap pasal perkara yg korang x tahu hujung pangkal. nak berdebat biar berilmu.

rasenye x terlewat lagi kot untuk L ucap tahniah pada Yingluck. pada yang xtahu, beliau ni merupakan ketua kerajaan baru negara Thailand. dalam masa yg sama beliau ni jugak adik kepada bekas PM Thailand, Thaksin. just the right candidate at the right time kan? memandangkan sokongan kepada Thaksin ni masih kuat tetapi Thaksin tidak boleh kembali ke tanahair sendiri, maka percaturan meletakkan adiknya sebagai 'wakil' beliau adalah tepat. and yes, Yingluck menang majoriti. errr...nampaknya Thailand masih memilih 'personaliti' sebagai faktor utama wajah kerajaan mereka. wah!!! L cerita pasal politik uols. hehehe.

ok. cadang tadi nak membebel sekejap jek . ni dah merepek2 dah. hehehe. good morning darls. have a great Thursday ok. jetaime. Mwwwaaaaaahhhh!

Wednesday, July 6, 2011

- trading my number [i'm just not so sure what type of smiley that i should add on!]

morning darls...~ it's 03.10am. rajin sangat L nak update blog pepagi buta ni kan. hehe. well, first thing. ALHAMDULILLAH. cimoneng yg L laporkan hilang tempoh hari dah pun selamat kembali ke pangkal jalan. whoa! melompat L bile nampak die terkedek2 dtg dekat L sambil mengiau2. hehe. after 7 days. ni dah terbongkang tido. my babah said -

' hidup lagi rupenye ko moneng...'[kejam!]
actually L dah terlelap pun td. tah hape yg mengantuk sgt tah. alih2 ade plak call in. first call L ignore jek. dah pukul 01.30am. ek eh. ade call in lg. L jawab. memandangkan speaker hp ni bengong terpakse la L buat loud speaker. wah! rase mcm artis reality show uols. loud speaker sambil pegang 'blackberry'. ngahahahaha. unidentified caller. mcm biase la. berpantun-pantin dulu. and, he got my number from someone. ahaha. hengatkan zaman jual-beli no tepon ni abes dah. rupenye ade lagi. boleh tahan jugak saham L uols. perasan. kih3. L layan jek la. ayat cliche dr beliau -

' saya suke la dengar suara iya. rase sejuk jek hati. kalau iya ade muzik yg iya suke dengar skrg ni..haa mcm tu la yg saye rase.. rase terhibur jek' [slang org muo!]


ngaaaa..~! amende la yg mamat ni merepek ni? suaro den ado cam badut ko yg buleh buek hati kau riang sgt ni? hehehe. dont he know that my voice sound younger and sexier than the real me? ahahahaha. that's y i can fill up the position as customer service consultant easily. cewah! dah. jgn nak merapu. balik pade story. mamat ni pelik. L bercakap in English most of the time. die relax jek. menjawab. part yg tu cool! 10 markah la tuk die. hehe. yg xleh blah -

L : esok x kerja ke?
die : esok...tengoklah. kalau sihat kerja. kalau x sihat..sy pun kerja x berapa nak kerja sgt la.

ok fine. aku malas nak layan ko. boleh x kalau L buat attitude mcm tu? hehe. esok2 ni confirm call lagi.



ok. semalam, L tido pukul 05.10am. semata-mata mengadap renovation tuk blog ni. and, yup! i'm fully satisfied. ade few elements yg L rase penting tuk L tambah. especially, to avoid any copy and paste activity. whoa..~ bajet mcm blog L hot sgt. hahahaha. but people used to say -

'...prevention is far better than cure...'

sambil membelek blog tutorial yg best x hengat tu..L terpandang ade 1 komen. bunyinye mcm ni ekh -

'...aku x suke blog yg x boleh 'right-click'. nak open tab pun x boleh. setakat blog yg cite kesah hidup pun xde org nk copy la weh. phuiiii...' [jantinanya tidak dapat dikenal pasti]

haaaa..~! pendapat uols mcm mane? for me, my blog so its up to me. i'm just protecting what is mine. especially my pictures. not because of i'm super beauty. but to protect myself from being used by irresponsible person. hengat x kesah L dulu pasal dengan mamat UK sgt tu? that kind of person will definitely taking advantage. copy and paste and claim -

'...this is my wife. she dead in a car accident bla..bla..bla..' [ayat mamat sindiket tuk meyakinkan mangsa]

haaaa...~! kan? menikah x. mati pun x. alih2 jek. oleh yg demikian, sila ambil langkah berjaga-jaga. ade sorg blogger tu lagi la kasihan. gambar2 beliau org copy and jadikan 'hak milik peribadi'. buat fake facebook profile. x ke haru tu? dunia sekarang ni mcm2 uols. everything just at your fingertip. and, mmg dah jadi trend sekarang ni sape2 pun akan gunakan uncle Google untuk dapatkan maklumat. ape kate org tu -

'...sy ni kire menyahut seruan kerajaan la ni. menyokong kempen cybersafe. kalau name sy mmg xde la. dah habis safe dah. tp kalau name tunang saye tu banyak. tu yg bile sy taip name die blog awak yg klua dulu...'

gitu! hehehe. nasib ngko la labu. sape suh buat jahat. kalau buat jahat ni memang org senang nak ingat. betul x? padan la dengan pepatah org lame2 -

'...buat baik berpada2. buat jahat jangan sekali...'

ok darlings. time to sleep. dah jauh sangat terbabas dr landasan ni. sebelum tu, penting untuk pastikan rekod peribadi anda bersih. bukan Bersih 2.0 ekh!hehehe. be safe ok darls. jetaime. Mwaahhhhh!!!~

Monday, July 4, 2011

- and she has spoken :)

frankly speaking [err..typing kot!] i love her idea. her words. simple. outspoken. yet, i can say she speak with her brain. not just speak with nothing. i love the way she delivered her idea.

kalau korang ade masa, usha2 blog ni jap ekh - http://cutsiewootsiehoneybunny.blogspot.com

kalau minat, nak jd follower pun boleh. :)

just a very short and simple update. oh! MPP [majlis perwakilan pelajar] told me that I selected as PM [pembantu mahasiswa] for this coming enrollment. ALHAMDULILLAH. me, syu and jaa. so, i'll go back to my campus on 5th Sept. insyaALLAH.

that's all for today/tonight darlings. have a great July. hugsandsmoochestightly. Mwaaahhhh! ILOVEYOU.

Saturday, July 2, 2011

- menanggung rindu :'(

hari kelima cimoneng hilang. Ya ALLAH. L rindu :'(

hari pertama sampai hari keempat L ok lagi. tapi bukan hari ni. rindu L x tertanggung. rindu xde yg kejutkan L waktu subuh. :'(

after almost 11 years old stayed in this house, tiba2 cimoneng hilang mcm tu jek. puas my mum and L cari. serata pekan dah..xde pun. :'(

pertemuan yg pertama L dengan die mase tu L tgh jalan kaki nak pergi pasar. form four. L ternampak die ade kt pondok telefon. kasihan. mengiau kelaparan. mcm dah nak mati pun ade. love at the first sight. L terus bawak balik rumah. sorok2 jugak dr my mum. takut kena bebel kan. lame2 kehadiran die diterima. :')

die la kucing paling cerewet dalam rumah ni. plus, die la paling senior kalau nak dibandingkan dengan cibunina, oka and ola, tompok and cimonet. so, ape yg die nak mesti dapat. tempat tidur mesti bersih. ikan or ayam goreng. menu ikan pun akan bertukar2 setiap hari. untung die jadi kucing. :')

hari Selasa, 28 Julai 2011 L mmg x sempat nak layan die. rumah tengah sibuk melayan family Cik Ai yg datang untuk temujanji Kak Anis dgn HKL pukul 3 ptg. my babah dah plan nak gerak pukul 1. L pulak dah plan nak klua lepas zohor. nak ke bank. ntah die makan ke x L mmg x perasan. balik dr bank dan jalan2, L gorengkan ikan. mcm biase untuk makan malam die. masa tu baru L perasan die xde datang2 meleset2 kt kaki mintak makan. L dah cuak.. try cari dalam rumah, memang x jumpe. ya ALLAH. mane pulak la cimoneng ni? :'(

malam tu L x ckap dgn my mum lagi yg cimoneng hilang. sebab my mum pun tgh kalut nak cari anting2 mutiara hitam yg beliau dah tersalah letak. semua tempat my mum geledah. x jumpe. L pun dgn harapan masa my mum cari anting2 tu boleh la terjumpe cimoneng. tapi xde jugak. L lagi bertambah cuak :'(

esok, 29 Julai 2011 bangun jek pagi perkara pertama yg L buat cari cimoneng dulu. tapi memang x jumpe. my mum dah start perasan yg beliau x nampak kelibat kucing tu. my mum will easily turn off her mood kalau ade perkara2 buruk yg melibatkan kucing ni. dan seperti yg dijangka, yeah..beliau bad mood tibe2. seharian L habiskan masa tuk cari die. semua rumah kosong L pergi. tp x jumpe jugak :'(

hari ketiga ,30 Julai 2011, my mum kejut bangun pagi. [manja x? hahahaha. iklan jap! :P] paling sadis my mum dah start mengongoi. mintak dicarikan cimoneng. seperti hari2 yg sebelumya, pencarian itu masih jugak sia2. kali terakhir cimoneng buat perangai mcm ni L pun dah x ingat tahun bila. tapi lepas 2 hari tu die ade balik. mungkin sebab lapar agaknye. but not for ths time. ya ALLAH. :'(

semalam, keadaan kt rumah mcm biase. my mum ade jugak menyebut pasal cimoneng. tp xde la dengan nada seperti sebelum tu. my mum kate ade jugak beliau rase nak nangis. tp beliau tahan. L buat x paham jek. dalam hati ni sebenarnye konon2 dah redha andai kata cimoneng pergi. :'(

hari ini, tika dan detik ini. L x sanggup nak tanggung rindu lagi dah ya ALLAH. andai kata mmg itu penghujung jodoh kami Kau permudahkan segala perjalanannya ya ALLAH. L harap L sekeluarga dah jalankan tanggungjawab yg terbaik mungkin untuk dia. Amin.


:: no matter where u are, be safe ::

ok darls..~ hugsandsmooches tightly. ILOVEYOU. Mwahhhhh!!!

- it can never be measured.

never ever. yup. guess what is that? hehehe. hye darls. i just want to share with u guys about something. something that everybody wants in their life.

i went to the mosque for Zohor and i met with one woman. she the one who started the conversation. i just dont know how could she tell me about herself. she said - 'acik ni dah puas hidup susah dik. dr kecik...sampai masa nak kawin tu kan, terfikir jugak. kalau boleh nak jugak la merasa senang cket. rupenya...' and she laughed. and, L pun gelak jugak. i just told her - 'kadang2 kita rasa susah cik, tp ada lain yg lebih susah dr kita. yg kita nampak senang belum tentu jugak hati die tu senang...'


:: how much can u have? ::

jadi, xde siapa pun kt dunia ni xnak kan kebahagiaan. betul kan? tp uols, hidup ni ada bahagian masing2. susah dan senang itu ujian. di tahap manakah yg boleh dikatakan bahawa kita ini bahagia? wang simpanan RM1M? selagi x cukup RM1M selagi tu x bahagia? check ur answer darls.

duit x boleh beli kebahagiaan. tp kalau xde duit confirm x bahagia. dunia sekarang kt mana2 pun perlukan duit. with that reason, salah x kalo L jd materialistik? ngahahaha. tp janganlah sampai jd hamba duit uols. ish! ok. berbalik pada topik. kebahagiaan mmg x boleh ukur sebenarnya. nafsu manusia ni kan lain2. but i tell u what. memang SEMUA wanita ade impian yg sama mcm acik yg L jumpa kt masjid tu. x payah byk..dpt senang cket pun jd la. ye la...kita dah puas hidup susah..xkan lepas kawin pun nak mewarisi kesusahan tu kan?


:: be happy ::

to Mr. Gentlemen: no matter what, just try ur best to give some happiness to ur wife(s). thats all we need. :)

hugsandsmooches tightly darls. goodnight and sweetdream.ILOVEYOU.

Friday, July 1, 2011

- due date!

homaiGod. my jaw dropped when i look at my record of on-loan item. L ade lg buku yg x pulang? seingat L...L dah pulangkan semua sebelum paper last hari tu. ish. rase cam nak balik kampus skang and nak cari buku tu. menci la!


:: French Express 2. haila. ::

so, dengan rasa x puas hati, L cari balik buku peraturan asrama yg menyatakan tentang perihal denda neh. nasib baik jumpe.


:: maklumat berkenaan denda ::

info ni sgt penting. uols taw kan L tgh cuti semester 4 bulan? cube bayangkan kalo denda tu kire sekali dgn tempoh 4 bulan ni? haaa...~ xke melecet ekonomi L yg mmg x berape nk stabil ni? confirm terjejas uols. so hopefully 'janji' tu boleh pkai la kan...L cakap mcm tu sebab dah selalu sangaat student UniSZA ni terpedaya dgn 'janji2 pelesu' tu. mula2 cite lain. pastu tibe mase kejadian cite lain. adoi! so, perkara pertama yg L akan buat bile mase kt kampus nti..reload brg ang unpack kotak buku dulu. L mmg x pua shati ni. sbb seingat L..L dah submit sume buku. *grrrr*

ok darls. till here. IMISHYOU. Mwaaaaaaahhhhh!!~