Thursday, October 31, 2013

- yeayyyyy? 29th ♥

Assalamualaikum. Hye and hello. 29 tahun yg lepas, specifically in 1984, a girl born. Named Noordzaikha binti Khamis. Or now famously known as Chika Khamis. *ahah!

Dah. Malas la nak cerita. I am 29 today. #Alhamdulillah, with all bless from the Almighty Allah, ma and babah... anak emak ni dah membesar dengan jayanye! *kahh! Anak emak ni dah rasa oahit, manis, susah, senang kehidupan.

Btw, this little girl dah tutup satu lagi babak cinta dlm hidup. Haah. 5 hari lagi nak genao setahun. Maka dengan itu, kisah itu hanya berusia 360 hari. We ended up our relationship in a cool situation. I have to accept the fact that we were actually not in the same boat. Saya berjiwa anak pentas. Tp bukan dia. Interpretasi seni kami berbeza. *heee!

Yup. He was a fun bf. A good listener. A... what ekh? Tu je kot. *haha! Lorh. Tu je ke? Sumpah x perasan. Name pun bercinta., ye tak? Mane la nak perasan. *haih! Hope he will be fine with his new life. *amin!

Rehat yg hanya sebentar. Semata-mata nak luangkan masa dekat rumah. Pdhal10 hari lepas baru je balik. *hikk! Next cuti will be on January. Yg tu trip ke Sabah. With ma and babah. Of course!!! Anak kesayangan sgt! *haha! Ouh. Btw, insyaAllah bln 12 nak ke Thailand. Bulan 6 nak ke Korea. Anyeosayo! *cewah!

Lambakan ucapan dan hadiah dh banyak sebenarnya bermula drpd semalam lagi. I have a bless birthday. *serioustalk! Thank you utk hayat yg ada ini Allah. Aku redha dengan segala nikmat yg telah Kau ambil semula. X mintak yg hebat. Yg gagah. Yg menawan. Cukup hanya yg sepadan utk L dan keluarga L, *amin!

Got to go. We will talk later ya. Thank you readers, have a bless holiday. Jzkk.

Tuesday, October 29, 2013

- end

Blank. Thank you.

Monday, October 28, 2013

- demam

Sebelum2 ni mst #mybusuk yg akan demam bile L senggugut. But not for this time around. Me myself sendiri demam. *sigh!

Assalamualaikum. Hello and hye readers. Berlalunya satu lagi pencapaian dalam hidup. L dapat buat persembahan utk pentas antarabangsa. Mana2 anak pentas pun akan bangga dengan peluang yg mcm ni. Festival Gamelan Sedunia 2013. Alhamdulillah sbb diberikan kesihatan yg baik utk dtg berlatih dan membuat persembahan. Many thanks to my boss #mrsahar sa'adi hashim, #sagawarisan, #pusat kesenian& warisan and #gastana for this great opportunity. Also to mum and dad! Biar pun babah dah risau bila anak dia ni makin rancak dp offer show sana-sini sedangkan dah tahun akhir. I can do it babah! *haha!

Penat! Tp sangat2 puas hati.

Latihan gamelan yg masih lagi diteruskan utk Festival Gamelan UKM. Rezeki #anakpentas. So, at the moment i am full time a musician, part time a student. *kahh! Dah la subject sem ni semua berat x hengat.

Btw, minggu yg sgt x sempat nak fikir apa2 pun. Not even for myself. Dpt rehat pun dah besar rahmat dah rasenye. Keep struggling to settle everything before anything. Next week dpt cuti 4 hari saje, then will be back to campus to continue the training.

Ok. Dah. Jom bersiap g kelas. Tgh mood xmakan pun kenyang. Xmandi pun basah ni. Only because of him. *haih! Mula2 pisah kot kan? *sobs! Take care readers. Jetaime, thankyou for reading. Jzkk.

Wednesday, October 23, 2013

- perkara duniawi

Cewahhhhh! Tajuk post memang x hengat. Hahahaha.

Assalamualaikum. Sumpah xde life! *hehe! Sibuk yg sangat sibuk. Pagi sibuk dgn class. Mlm dengan latihan gamelan sedunia. Ok. Keperluan utk kelas mmg sgt berterabur. Last minute check. Last minute buat. Last minute baru nak perasan yg ada keje nak kena submit, esok. *sobs!

Rindukan #mybusuk. Selalu ada je org yg pesan n ingatkan. Kali ni kena buat sendiri. *sobs! Seriously. I dont know sampai bila #myboo nak merajuk. *sobs!

Dalam kelam kabut nak study utk quiz n test la bagai sempat jugak L nak menghadap #RM yeh. Fyi, L terjebak tengok #rm pun sbb #mybusuk. L ade #pororo yg besar x hengat tu pun sbb #mybusuk. Gegula susu sebalang besar ni pun sebab #mybusuk suka gila makan mende tu.  Eh. Tukar phone pun sbb #mybusuk. *haih! Banyknye yg ade kait-mengait dgn #mybusuk. *sobs!

Haah. Mlm ni nengok #RM pun bukan sbb stress. Tp sebab rindu teruk. *haha! Btw, gwang soo tetap comel. *muahaha!

Dah. X larat nak bebel. Esok ada quiz. Tgh menabahkan diri utk study neh. *ades! Bonne nuit. Jetaime. Jzkk.

Saturday, October 19, 2013

- gatra

#gatra #lovestory #sad #ending

Tuesday, October 15, 2013

- aidiladha ft. Perut ketat

Assalamualaikum. Honoo! Perut ketat sgt. #alhamdulillah utk rezekiMu Ya Allah. Drpd pagi sampai ke malam. Climax part bila L dapat bakar sekeping daging. #subhanallah. Nikmat!

Ok. Sekarang perut ketat. L dah siapkan 1 assignment. Ada lagi 2 yg perlu dikejar. *hukk! Critical thinking and research methodology. Dah la sebatang stationery pun x bawak balik. Semata2 sekeping tab. Gigih jugak membuatnye. *hikk!

Aidiladha korg cemane ekh? Hopefully semuanya serba sederhana. Sama2 hayati pengertian ibadah korban kali ini ok? Take care sayangs. Jazakallah khairan katsiran. Syukran!

Sunday, October 13, 2013

- we work best as friend!

Kan #MH? Tambah tolak darab bahagi = rasanye ok je kalau we both jadi kawan. Kan? Kan? Xyah kot nak main sorok2.  Xbest.

Assalamualaikum. Jawab ekh? L baru selesai mengurut. Fuiyoh! Ada bakat terpendam L ni rupenye. Dlm diam2 boleh jugak L mengurut. Maka dgn itu L ni pun sukarela buat testimony utk org kesayangan L. Ma and babah. Berjaya! Berbesar sgt hati ni bila dpt berbakti pada ma and babah. *teruja!

Cuba. Usaha. Buat assignment. Adoyay! Tiap kali buat assignment translation tiap kali tu la menguap. *hadeh! Bila la nak siap. Yg sedia menunggu ada 2 lagi. *sobs! Try harder L. Of course you can. *urkk? Well motivated kan! *haha!

Hari ni, baaaaaaaanyak nasihat yg ma bagi pasal kawin. Boleh gitu? *haha! Ma kata "being single ni senang kak long. Xyah pening2 kepala. Nak keje sampai mana pun boleh. Jgn risaukan jodoh. Kalau dah tertulis xde rezeki kita kena redha.." kan? Sekian.

Dah. Malas nak bebel banyak2. Penat. nak hadap assignment utk seperenggan dua. Mudah2an dapat siap secepat mungkin. *amin! #goodnight readers. Jazakallah khairan katsiran. Syukran!

Thursday, October 10, 2013

- lumpuhkan ingatanku

Assalamualaikum. #Alhamdulillah. Selmat sampai ke rumah dgn selamatnye. Walaupun hati ni duk risau sgt sebab ponteng latihan gamelan dunia. *hikk! Mudah2an xde ape2 la.

Today, i had a quality time with mum and dad. Among one of the best days that i had. I love to go for shopping with them because i can grab thing that i want for f.o.c. *wee!

The worst part is no matter how hard i try but i still cannot stop from thinking about someone which for me its kinda annoying. *serious! I meant, why should i to think about it? *confuse!

Btw, L ada la kenal sorg mamat ni. We met once and we exchanged our number. As simple as "hye and hello" he is now trying to get close to me. *haha! Belum apa2 dah bersayang2 uollsss. Nampak sgt merepek kan? Once a buaya always a buaya. Remember that darling. Sekarang kan canggih. Google saje! *haha! Berderet kisah dongeng yg keluar. Nak percaya dgn tak je. *ehem!

Ok. Malam ni nak tdo awal. Sebabnye x cukup tidur. Al-maklumlah. Naik bus. Kalau naik flight xde masalah sgt ni. *hikk! Bonne nuit. Syukran jazilan readers. Jazakallah khairan katsiran. Okbye.

Wednesday, October 9, 2013

- biar adam yg mencari rusuknya yg hilang

Asalamualaikum! rasa x berani nak balik bercuti raya haji sebenarnye. *haha! punya la banyak tugasan yg perlu diselesaikan ketika sedang bercuti and it needs to be submitted by 20th October. *inhale! *exhale! *push! eh?! lain plak. *haha! slow2 kayuh ekh. insyaAllah boleh selesai. *amin! maka dengan itu terpaksa la membawa balik buku yg perlu. walaupun pada hakikatnye dah tahu mmg xkan buka buku2 tu. *haha! xpe. saya cuba!

selain daripada deretan tugas L sebenarnye ade deretan cuti jugak! 2 - 7 October di Kedah. 9 - 19 October di rumah. 23 - 25 October di KL. 30 October - 10 November di KL. last but not least, bulan 1 nanti akan ke Sabah. *pergh! memang berhabuk la tempat beradu ye. *hikhik!

saje je luangkan masa kt blog ni sementara nak menunggu pukul 8. hari ni atau mlm ni L akan pulang dengan bas. penantian yg sangat menyiksakan. =_=". xpelah. tiket flight dah abis. nak buat mcm mane kan. *hurm! 8 jam perjalanan ok. mudah2an semuanya dipermudahkan. *amin!

DO NOT OPEN BACK THE DOOR WHICH ALLAH HAS CLEARLY CLOSED FOR YOUR OWN GOOD.

ngerti? wahaha. usah dikenang barang yg dah lepas ye. kalau jodoh setakat di situ nak buat mcm mane kan? xkan nak paksa. knock. knock. hello! jgn selfish boleh x? where's the self-pride people?! sabarlah. dah usaha pun kan? selebihnya biarlah redha. bak kate my bff "kau dah standby spare part?! bukan ape L. nti kalau jatuh at least x sakit sangat. be ready ok?" *hurm! tidak semudah itu sebenarnye. entah kenapa menjadi payah. belum bersedia. mungkin. *tacing!

ok. nak bersiap-sedia utk tido di dalam bus. *sobs! take care readers. selamat menyambut Aidiladha dengan yg tersayang. semoga pengorbanan yg kita lakukan diterima sebagai ibadah disisiNya. *amin! jazakallah khairan katsiran.




Monday, October 7, 2013

- backpackers

Assalamualaikum. #alhamdulillah selesai perjalanan kami di #langkawi. Dengan 10 org dengan kos rm360 (ferry) + rm180 (homestay) + rm100 (transportation) memang puas hati sgt dgn 2 hari 1 mlm di #langkawi ni.

Apa yg best? Merasa jd backpacker. Wohoo! Mencabar sebenarnye. Especially sampai2 kt tempat yg xde kenalan utk dihubungi. Seriously. Mmg kena ada kawan yg mental kuat n rajin bertanye.

We all di #langkawi ditemani oleh Pak Mail yg saaaaangat baik hati. Apa je keperluan we all diturutkan. Sampai gitu tau. Sebut je nak g mane die akan bawak. Dr jetty ke homestay. Dr homestay ke town. Town ke homestay. Homestay ke jetty. Serba cukup. Sgt puas hati dgn service tourist guide. Btw, pak ismail ni bukan officially tourist guide. Ni pun kenalan abg edy jugak. So, a big fat thanks to abg edy. Adik will always hate you abg! *kahhhh!

Sehari di langkawi.... duit mengalir dengan derasnye! Hahaha. Mampu?!! Anyway, puas hati dengan ape yg L beli. Dapat belikan souvenir tuk abah, ma n kak ngah. Yg kecik2 tu xtahu nak beli ape. Beli cokelat pun diorg x makan. For myself L beli sneakers FILA je. Tibe2 je rase nak jual balik. *haha!

Kunjungan ke #langkawi ni sebenarnye mengakhiri program #sanggarbudaya di #ayerhitam #kedah. Merasa duduk dengan mak dan ayah angkat di kampung seberang sungai, ayer hitam. Dpt berkenalan dgn kak ina n ija. They really teach me more about life. Hidup diorg x mewah tp serba cukup. The way they live their life makes me feel so rendah diri. Diorg hidup serba sederhana. Tp cukup makan. Cukup pakai. Happiness.

Program tu actually mcm program silang budaya. So, culture exchange la ni. Dengan penat lelah we all bawak brg2 gamelan drpd terengganu utk mengajar adik2 di kedah. Nahhh. X jauh kan? *haha! Well, perit jerih tu berbaloi bila diorg mampu utk main dgn cemerlang walaupun diorg cuma dpt belajar utk 9 jam! To be fran, from my humble self, i would like to express my highest gratitude to Allah for the chance and for the management. The best thanks to the team. Iol kan panas baran uols. Mujur diorg sabar. *kahh! Acara sampingan yg L buat adalah networking! Whereas L cuba "menjaja" diri sana-sini. Gitu kan!!! Iol nak grad x sampai setahun je pg uols. Kena la cari2 port utk menempatkan diri ini. Dah tentunya bahagian seni dan budaya yg menjadi keutamaan. Jauh sgt x lari drpd topik?! *haha!

The kids? Mencabar! Kita berdiri kt depan diorg buat muka kt depan kita. Slumber. Kecik besar, kecik besar je L tgk perangai memasing. *haih! Tp budak2 tu semua bijak2. Rafiq, farhan, ikmal, wafi, harith, raifana, nurin, amylia, atira and dalila. They are super cute. They even teach me the real meaning of usaha, sabar dan tawakal. Nikmatnya manis sgt. Whi kbows, between 9 hours they manage to be on stage and perform! The team mmg super awesome. Love you both! Nampak x kasih sayang yg melimpah ruah sgt? *kahh!

So today! Akan bergerak pulang ke kampus! Dgn lambakan kerja yg sedia menanti. *phew! Semoga segala perkerjaan ini menjadi ibadah kepada Mu Ya Rabb! *amin! Take care readers. Jazakallah kahiran katsiran.

Hopefully bila L ada keluarga nti L boleh apply perkara yg sama pada zuriat-zuriat L. *amin!

Friday, October 4, 2013

- rindukan twitter

Assalamualaikum. Pagi jumaat ini L bersiaran dr negeri kedah darul aman. Or, org panggil rice bowl of Malaysia a.k.a negeri jelapang padi. Ewahh! Dah mcm kelas geography dah. *hikhik!

Hurmm. Biarpun hujan batu kt negeri sendiri, L tetap selesa dgn tempat sendiri. Dgn harapan esok2 adelah hujan emas kt tempat sendiri. *haha! My perangai la kot. Cepat sgt rasa kehilangan. Pd hal baru berapa hari tinggalkan bilik L231 tu. *haihh!

One thing that i notice bout me. L cepat kecik hati n cepat sgt keras hati. Mmg natural mcm ni kah? Nampak? Lepas 30 tahun baru nak kenal sape diri. *haha! Susah la hati jelly ni. *haihh!

Ok. Back tu the agenda in kedah. Actually, mai ke ayaq hitam ni pasai nak kena mengajaq adik2 kecil di sk ayaq hitam tentang gamelan. X mungkin la L nak p ajaq qhasidah or tarian. Hat tu bukan my speciality. *kahhh! Maka dengan itu sambil berjalan sambil cuci mata. Tgk padi. Tgk org2 kt tgh sawah. Tgk org2 kt tepi sawah. Nampak permainan dia di situ? *kahh!

When this downtown girl masuk tempat2 yg ada bendang tu semua.. maka.. mula la kaki ni menggelupur nak rasa mcm mane masuk bendang! *oyeahh! Tp x dpt masuk bendang lagi ni. Baru berlari atas batas jek. Berani2 takut ni. Takutkan lintah. *haha! Tp, insyaAllah hari ni L cuba ok.

Balik ke kampus dgn segala sedia tugasan hakiki yg menunggu. Xpayah tunggu rehat. Dah penuh organizer. *yeah! A great distraction to me. Doodle and gamelan. Always. Tentang kisah hati? Biar la terus lara. Perghh! Pitam nak baca. *haha!

Eh. Tajuk apa tadi? Rindukan twitter kan? Jauh sgt lari topik. 100meter perginye. Ok. Nak dijadikan cerita... twitter L xboleh sign in. I dont know why. Dah try request utk reset password pun x dapat2 jugak. Sobs. Penting twitter tu utk get the latest issue. A place for me utk merepek pun ye jugak. *haha! Entah. Dah bukan jodoh agaknya.

Senyum x bermakna kita bahagia. Tp L tahu at least senyum L ni boleh bahagiakan org lain. Kan? Org x suka, kita x boleh paksa. Jazakallah khairan katsiran readers.