Tuesday, March 11, 2014

- jia dan facemask

Haaaa! Mengintai kan? *hehe! Assalamualaikum. Welcome. Welcome.

Just a short update before tido. 2 3 malam kebelakangan ini ruang udara di Gong Badak diselubungi asap yg sangat tebal akibat drpd hutan yg terbakar di kawasan Seberang Takir. Pedih mata. Pedih tekak. *sobs!

Maka, semalam Jia ada singgah bilik. Tadaaaa. Dengan senang hati die nak bg "face mask" yg suram tu la. *haha! Very old school. *hehh! Tp ok gak. Dapat main kaler-kaler.

Pastu - g la excited singgah bilik-bilik lain. Elok je me masuk bilik terus diorg tanye "mane akak dapat mask?!! Kite tak dapat pun?" "Lorh. Akak ni Jia yg bg la. Akak ingat dia dh bg kt korg" "takde pun kakkk?!" "Okbye!"

Me speechless sebenarnye. Ingatkan Jia bg kt semua. Hampeh la Jia neh. Suka buat org serba-salah sorg2. Duhhhh! =..=

Ok. Nak tido. Genaitty! Bonne nuit. Jetaime. Jzkk

Monday, March 10, 2014

- mengisi borang

Salam alaik. Ngantukkkkk! Tp tak boleh nak tido memandangkan ade beberapa keping borang yg perlu diisi. Borang pengijazahan la. Borang mohon kerja la. Borang itu la. Borang ini. Borang nikah je yg takde dlm senarai. *gichew!

sebut pasal borang nikah ni - semalam me sempat texting dgn mummy. mula-mula tanya pasal progression diet. well, actually tak apply apa specific diet pun. just make sure tak berminyak and low carbo. tapi rase mcm low semua benda. *haha! sebab me mmg tak amik raw sugar. ITU SAHAJA. kurangkan makan tu dah tentu la. mana mungkin tak amik minyak, tak amik karbo tp tinggi protein and lemak. *adeh! kena seiring jugak. hasilnya - terperanjat tgk diri sendiri dlm gambar. memang mengecil. *haha! ok. cukup utk cerita proper diet di situ.

dalam texting dgn ma pasal cite diet ni - saje la berseloroh dgn ma. petanda jodoh dah dekat la agaknye. *haha! tak alih2 ma siap doakan lagi. *wuwu! ma kata babah dah sibuk bertanya. apakah babah? dear babah, ur little queen now is only 30y/o. why so early? *hehe! babah dah penat g kenduri kawin anak kawan2 dia agaknya. ke babah dah risau nak buat kenduri kt rumah? eh? semua. doakan yg terbaik. semoga dipermudahkan apa yg susah. semoga diringankan apa yg berat. itu sahaja.

ok. nak sambung isi borang. take care readers. je'taime. buhbye. Jzkk.

mother and her little queen. *haha!

- i dont like to answer a stupid question

Assalamualaikum. Hello and hye readers. Me not in a good mood for today and tonite. *hurm!

Ouh! Before that -- not to forget about #MH370 yg pada ketika dibebelkan kisahnya ini ia masih belum dijumpai. Again, Allah knows the best. Relax. Cool everyone. Perbuatan menggelabah puyuh adalah sgt tidak digalakkan - update social account kau dgn info yg merepek, mencarut pasal benda yg tak patut, meroyan tanpa fikir perasaan org lain dan sebagainya. Paling tak boleh pergi bila kau dengan selamba hit button "share" tanpa kau usul periksa dulu kesahihan cerita. Goshhh! Yg ni memang dungu abadi. Be a critical thinker people. Come on! *hehh! Tak pun - kau dengan senang hati nak share theory kau yg kau rasa paling logik utk diri kau. Kot iya pun kau dh tak mampu nak menahan rasa, tapayah la sampai terdesak sgt. Okay? Jgn nampak sgt kekurangan diri. Boleh?

Back to the point - me very dont like to entertain any stupid question. Apa lagi soalan bodoh itu kau gunakan utk memulakan/menyelit/mencelah/menyampuk perbualan org lain. Nak lebih khusus - perbualan me dgn my friend. Jawapan tu dah terang gila jahhh. Ape lg yg kau nak?

"You... sampah i ni u rase ptut tak i buang?"
My answer yg sepatutnya " dah tu, you nak i tlg buang kan ekh?" TAPI
I gave her this answer instead "its up to you. Kalau you rasa perlu you buanglah. Lg pun, sampah you kan? How am i suppose to know."

Haa! Berlapikkan? Yg berlapik tu hanya susunan ayat. Tapi tidak pada ekspresi muka dan nada bicara. *yeah! Me mmg style menjiwai watak. Kalau menyampah/meluat/bengang - para penonton boleh melihat dengan jelas drpd bahasa tubuh yg me bagi. That is why i told you i dont like to entertain stupid questions. Because at the end, you will make yourself look dumb. Mampu tak? Kalau rasa tak mampumsila tapis dulu soalan yg nak ditanya ekh.*terimakasih! Cuba bg soalan yg mencabar minda sikit. Get it? Nak melawak pun biar nampak bijak. Boleh? *good! Sampai sekarang me tertanya2 kenapa kau mcm tu. *haih!

Ouhhh. Ada lg - kisah tips utk kurus. *ngeh! Take a look at a picture below. Me nampak kuruskan? Allright. Gonna update that one next time.

Ok. Dah. Me sebenarnye masih mengharapkan keajaiban akan berlaku utk MH370. Biar pun kt mana - please take care ya! Genaitttt! Je'taime. Jzkk.

Thursday, March 6, 2014

- first and last

Assalamualaikum. Utk yg pertama dan terakhir me attend Majlis Anugerah Dekan. Itu pun sbb dh kena ugut bagai. Kalau tak, memang tak turun lagi utk tahun ni. *haha! Tp, sebab memikirkan yg sekarang ni dah final year so malas la nak berkira. Bersiap la jugak utk meraikan yg dirai. *gicew!

Yg penting, photo-shoot! Sila menjamu mata melihat yg mana berkenan. *hehe!

Me bukan jenis exam-oriented. Study pun very last minute. Maka, kalau dapat la DL memang besar rahmat rasenye. I follow Steve Jobs's style. Ayat nak cover line. Nampak? *haha!

Hey, i read experience and experiment. That is why i never give a damn about books. Alhamdulillah. I hv my label. My capacity and my capability. *cewah! I know i can nail it.

Hari ni pepagi lg dah nangis. Risau. Stress. Blur - nak layan research paper. *sobs! Muncul pulak kawan yg suakan bahu kan, tumpah terus air mata me. Teresak menangis. *haha! Bila dah penat nangis terasa serabai pun ade gak. Motif yg kau nangis tu chika? *haih!

Takdelah. Makin banyak jurnal me baca. Makin serabut. Makin berselirat jalan yg lurus nak menuju ke objektif kajian. Bila fikir balik - me bukan berserabut pasal research. Me lebih berserabut bila ada yg tanye "research akak dah sampai mane?" "Baru 2 3 mukasurat. Tu pun intro" "kita dah start nak distribute questionnaire" [tak tanye pun!] "Ouh. Ok la tu" - itu je jawapan yg terbaik utk diorg. *hurm! Bangun setiap pagi mmg mcm berazam sangat nak buat research. Baca jurnal. Sangkut. Check ig jap. Pastu baca lagi. Sangkut. Main game jap. Try baca lagi. Ok. Dah. Nak muntah sbb rasa tepu akibat membaca. Itu je la progression. *hehh!

Datangnya sahabat-sahabat yg akan bg pandangan dan pendapat. Mmg rasa bahagia. Senang jah bila ada kawam-kawan yg handsome, yg kacak bergaya, yg gojes, yg senang nak dibawak berbincang. Thankyouuuuu!

What a day!

Ok. Seharian dah bermain. Masa utk berehat. Genait readers. Jetaime. Mwah! Jzkk.

- stay focus

Assalamualaikum. semangat utk mencari rezeki - stay up selepas drpd solat subuh sampai skrg ni - duduk dan membaca jurnal: this is so NOT me. *sobs!

bab bertapa sambil membaca ni memang rare sangat la utk me. *haha! memang tak lalu. memang tak mampu. *sobs! tapi - menggagahkan jugak. hanya kerana research paper. come on! paling lama nak boleh membaca pun, hanya lima minit. lepas drpd tu dah mula rasa tepu. mcm skrg ni lah! actually, tgh baca jurnal ni. *adeh!

kalau duduk dalam kelas 3 4 jam - rasanya sanggup lagi kot! drpd melayan diri sorg-sorg utk membaca. walaupun hanya untuk 1 jam. due to this reason - lepas ni memang takkan buat master. takkan! *haha!

cane ni? *hurm! have a good day everyone. take care. jzkk.

- naked face

Exclusive from my oven.*hahaha!

Assalamualaikum. Ok. Ok. Bertenang. Relax. Utk yg tak tahu - this is my first time to share my real naked face. Haaa! Nah! Amik. Yeahhhh. The brownish colour of mine.*hehe! Btw, i love my tone. Tak putih. Tak pucat.

Disebabkan itu - me memang sangat-sangat memilih produk apa nak diletak kt muka. "Putih gebu", "putih sopak", "memutihkan" atau apa sahaja yg ada perkataan "putih" - yg ni memang akan cepat-cepat letak kt rak display sambil cebik bibir.*haha! Taknak. Taknak. Memang taknak putih.

Tapi - tengah susah hati dgn pigmentation. Me bukan jenis kulit yg berjerawat. Tp kekadang kulit ni ada waktu ngengadenye. Tak alih-alih nak keluarkan isi perut yg dah sendat duk bawah kulit muka. Kena pulak dgn jari yg gatal nak mengupis. Homai! Perfect! So, terhasilnya spots selepas ms.jerry tu hilang. Hazab hokayh. Dulu, berminggu-minggu nak hilang kudis. Dah kering - kupis - kering lagi - kupis lagi. Ketika remaja itu memang comot. Even mummy told me the same - budak comot!

Tp, dah dewasa kan? Maka, banyaklah yg berubah. Lebih berdisiplin. Lebih menjaga. Kulit lebih sihat. Cuma melasma atau jeragat tetap juga di situ. Some dermatologists said it will be there forever. There is no solution to get rid the blemish or pigmentation on ur skin. The best u can do is by tone it down. *hurm!

Ye. Ye. Me pun takdelah beriya nak hilangkan jeragat neh. Biar jd penyeri kt muka gitu. *haha! Btw, i am so - so - so - so concern about to clean up my skin at night. Mcm mana blik lewat pun atau dah penat pun me tetap akan gagahkan diri utk bersihkan muka. N normally akan bersihkan muka sambil pejam mata. Sedaya menahan drpd tertido hokayhh! *haha!

Naked face vs Faked face. *whoa! Fake tau. *hehe! Ofekos la lain. But, just make sure takdela laki awak terperanjat masa 1st night ekh. Kesian kt laki. Mcm kena tipu plak yeh. *haha! Tapayah nak make up mcm nak buat pementasan teater sgt dik. Tak perlu. Sendu sgt. Sah-sah pementasan teater tu lighting warna kuning. Put some colours on ur face but not like a drawing board. Please! Biar nampak manis. *gitu!

Allright. Ngantukkkk! Esok ada macam-macam hal lg. Genaittttt! Take care readers. Jetaime. Mwah! Jzkk.

Tuesday, March 4, 2014

- hearty

Assalamualaikum. hello stalkers! eh? hello readers. hye. ahlan wasahlan. *heee!

Qalbu. maksudnye hati. yg susah pasal me ialah - keras hati. nak-nak pulak bila kata nak yg itu, maka yg itulah yg me nak. taknak yg sama tapi tak serupa. taknak yg seiras. taknak kembar. taknak. taknak. nak yg itu jugak. *haha! like what mummy said - "anak aku ni kalau dah die kata die taknak, die taknak la.takpayah la kau nak paksa-paksa. tp kalau die nak, takpayah la kau nak suruh-suruh. laju je die. anak aku, aku tahulah." nampak permainan di situ? *haha!

pentinglah gerak hati. sangat penting. takdelah me kata memang semua ikut hati. ada juga timbang-tara pros and cons tu. jahhh! every action has consequences that u need to bear with. remember? maka - tak kiralah lebar mana pun senyum me pada awak atau tak kiralah manja mcm mane pun me pada awak, tp kalau me rasa kita boleh kawan je, so kita kawan je la. boleh gitu?

jujur - me malas nak tunjuk kurang ajar. u may see my smiles but it does not mean that i am nice. that is why I just follow ur rhythm. tu pun sebab dah terlajak berkawan. itu je. takpayah la nak amik kesempatan di atas me yg jujur ni. tak perlu. i may look blunt but i am not dumb, idiot!

ada pulak tak sayang kt org tu tapi nak manja-manja? *choi! datangnye cerita pasal hati, pasal paksa-paksa, pasal paksa-rela ni disebabkan serabut dgn text yg merayu rindu utk dilayan. *headdesk! tapayah la abammm. me taknak. kalau me nak, me yg cari. abam takpayah datang. yg tak alih-alih melutut ni tak best la. tak mencabar. *haha!

kalau setakat nak melayan sana-sini tu boleh sangat kalau nak buat. setakat nak Iphone 5 dua tiga ketul tu rasanya mampu lagi nak dapat dgn sekali "hye". tapi - halal ke tidak? percuma pulak? eh. macam bajet hot jew. *gitew! takpayah. bapak gula. perempuan simpanan. mistress. anak hayam - semua ni merimaskan. sedap hanya sekejap. *sumpah!

well, i know my capacity and capability. even though i try to deny but it works well. still. *kenyitmata!

btw, my rationale is not only dengan siapa me berkawan. nak post kisah jiwa lara ni pun me fikir-fikir dulu sebelum hit the "publish" tab. yup. i am very particular. i know what i say. i know my position. but, i welcome ur advice.

kalau kau bajet "hot" kt dunia, standby untuk membajet "hot" di akhirat. mampu? kalau kau mampu - maka sedia utk diraikan oleh syaitan dunia. itu je.

hokayh. mood-swing yg amat. confuse dgn perubahan hormon pun iye gak ni. *haih! takpelah. sedang menguatkan diri utk bercinta dgn research paper - assignment- apasahaja yg berkaitan. thanks readers. amik apa yg baik. jgn ikut yg buruk. genait! je'taime. mwah! jzkk.