diam. sakit hati. kecik hati. bengang. semua dalam 1. hurmm. sudah dikhabarkan awal-awal tentang perihal bangsa mu. tapi, kenapa perlu dibuktikan kini bahawa pandangan L itu benar? aneh. entah kenapa Ya Rahman Ya Rahim menjodohkan kita bersama. penyudahnya, seperti episod-episod konflik teman yg lain...L hanya mengambil tindakan mendiamkan diri. ptg semalam terlepas cerita pulak pada si Aisyah. mulut ni memang celupar. hishhh!
rindu. dua tiga hari kebelakangan ini L asyik teringatkan Qistina dan Ariff. dengan senang hati meringankan jemari untuk mendail nombor adinda L itu. fuhh!! kedengaran seperti perang dunia kecil bila Qistina dan Ariff berebutkan telefon bimbit bonda mereka. haha. kelakar. sampai nak berbunuh-bunuhan.
rindu. menghitung hari tuk cuti semester. cepatlah hari-hari berlalu. L hampir pengsan akibat kerinduan.
Wednesday, July 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment