Wednesday, March 16, 2011

- counting the days. ouh. my ASPIRE ;)

sebelum sempat menulis perkataan yang pertama untuk ujian Language and Sociology td oyie info yg my baby dah keluar dr ICU. ouh! teruja. x sabar nak pegang. cepatlah masa. hehe. guess what, setiap hari, i will definitely counting bilangan hari yg tinggal sementara nak cukup sebulan. pffftt!!~memang seksa. tp nak buat mcm mane kan. benda nak jadi mcm ni bukan boleh rancang. sabo je la L.

banyak sangat benda nak up-date sementara lappy xde ni. cuaca la. mood la. hal-hal kt class la. hurmm. ok. lets start with hal-hal yg kt class. lately, latecomers mmg obvious gile. so, dekat sini..dengan penuh rasa rendah diri dan penuh dengan limpahan kasih sayang ni, teringin pulak jari2 ni menegur dengan cara yg saaaaangat terhormat. menjadi hairan dan pelik pulak diri ni dengan perangai latecomers yg semakin hari semakin bertambah bilangan. belum kire perangai2 yg ponteng kelas dengan senang hati tu lg. bertambah pelik bila...asik2 muka yg sama! hari ni beliau. lusa beliau. tulat pun beliau!!!! ape mungkin, diorg x pnah diberitahu tentang adat dan adab belajar ke? blame the teachers then.

adoyay. ade jugak feedback2 yg x berapa sedap telinga ni dengar bile ditegur. sebagai contoh..'akak. we ol bukan xnak dtg awal..masalahnya. lecturer tu pun xde nye nak punctual. so mcm mane we ol nk dtg awal..' and, 'ala..kite kena ikut contoh akak. yg dapat DL pun relax2 jek dtg lambat..kite yg x berapa nk DL ni xyah la nk awal sangat..' OMG. wadehal!!!!!

look. people. first, korang ni salah pandang cermin ke hape? yg korg pertikaikan x ikut masa tu bertaraf LECTURER, ok? korg boleh pulak nak same level kan taraf korg sebagai PENUNTUT ILMU dengan PEMBERI ILMU. hello?

"di antara cara hormat kepada guru ialah tidak berjalan di hadapannya, tidak duduk di tempat yang biasa dia duduk, tidak memulakan percakapan melainkan dengan izinnya, tidak banyak berbicara di sisinya, tidak menanyakan sesuatu soalan yang sia-sia, tetapi hendaklah menjimatkan waktu dan perlu mengetuk pintunya, sabarlah sehingga dia keluar..."

secara ringkasnya, berusahalah menyenangkan dan hindarilah apa sahaja yang boleh mengundang kemarahannya. patuhilah semua perintahnya selagi tidak menyalahi ketetapan Allah.

secondly, pernah dengar peribahasa a.k.a IDIOM : yang baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan. well, ok...mungkin beliau itu idola korg. tp, please la. xyah la nk taksub sgt nak ikut dr A-Z. die lambat..kite pun lambat. benda yg x baik tu tayah la ikut. kan ade banyak lg contoh2 baik yg boleh korang resapi. masalah lecturer yg dtg lewat tu ekh...hal tu biar beliau yg berusan dengan yg sewaktu dengannya. sbb, kelak..isu tersebut akan berbangkit jugak di Akhirat. and..korg sendiri bengang dengan lecturer tu kan? so, the same thing goes to the lecturer. furthermore, not to forget about their bless ekh? ILMU KITA TAKDE KEBERKATAN TANPA DOA MEREKA.

ouh. ye la..mungkin korg rase 'cool' kot kalau lecturer yg tunggu korg dtg kan? korgkan level VVIP. hurmm. look. rules menepati masa ni sangat simple. just MENEPATI masa. kalo korang respect masa maksudnya korang respect diri korg dan org lain. begitu jugak sebaliknya. and, please. not to ask people to respect you because to gain respect you have to give.

thirdly, korang taw ape fungsi GOOGLE kan? or any other search engine. luangkan sedikit masa search untuk adab dan adat menuntut ilmu ekh. semua..ada 24 jam. xde yg 25. xde yg 23. everybody get the equal. kalau org lain boleh buat, apahal korg x boleh? kan?

last but not least, bukan nak cakap yg L ni bagus sangat. tp, L rase, sebelum membuat keputusan untuk membebel kt sini..L dah tengok cermin diri L dulu ekh. korg nak bengang? bengang la...kalau dah rase leh kena tegur, fine. i'll keep my mouth shut. however, THIS IS MY BLOG. yg x suke, boleh tutup mata.

sekian, sadakallahula'zim ;)

0 comments:

Post a Comment