Assalamualaikum. Lusa. Akan masuk bulan baru. Bulan yg sgt memerlukan persediaan mental dan fizikal. Mcm2 hal yg akan berlaku. Yg pertama - sah2 la final exam. Bakal menduduki 5 kertas. Yg kedua - nak packing brg utk disimpan sementara 3 bulan bercuti dr sesi kuliah. Yg ketiga - internship with Nissan a.k.a TC Motors. Phew! Btw, rumah sewa x dapat lagi. Hehe.
Bulan 5 pun dah busy sebenarnye. Baru je balik dr Seremban. Dengan x study apa2 pun... rela and redha je g amik qiz utk phonetics and phonology. Oyeah. Alhamdulillah. Berbaloi dengan usaha yg x study apa2. Ouh. Btw, L balik Seremban sbb menghadiri temuduga utk jawatan N27. Segala gundah gulana terjawab bila - L dapat keputusan time tu jugak. Such a relieve!
Meh nak share pengalaman tuk interview N27 ni di Wisma Negeri, N9. l sampai awal sbb babah n ma sgt bersemangat nak hantar nak die ni g interview. Hish. Menggalas harapan org tua ni bukan perkara yg mudah sebenarnye yehh. L dpt no 6 bilik B. Panel penemuduga ialah En. Najri dan ahlinya ialah Pn. Maziah. First, pengerusi belek L punya resume. Sambil belek... dia tanya
' puan bekerja di sektor swasta ke?'
L : x.. saya pelajar sepenuh masa di universiti sultan zainal abidin.
Penemuduga : kos apa?
L : bahasa inggeris dan komunikasi.
Penemuduga : u should be able to speak in english.
L : yes i am sir.
Penemuduga : u have a diploma in sports management and recreation. So... what did u learned for this course?
L : i learned about two mainstreams which were sports and how to do management related to sports.
Penemuduga : so, tell me about islamic sport management?
L : (frankly speaking, i totally have no idea about this question. I learned the subject in 7 or 8 years ago!)
L: well, actually the subject taught us how to manage any sports event more into islamic style. For example, in F1, we could see how they celebrate the winner using the alcohol, so this is the time for us to change the tradition. We might promote to use other style in celebrating the winner.
Penemuduga: saya rasa awak dah salah mohon jawatan ni. Patutnya awak mohon utk KBs. Lebih sesuai utk awk. Tadi awak kata awak belajar lg kan? Kalau dpt jawatan ni kang.. berhenti belajar ke?
L : tidak. Tapi saya akan menangguh pengajian saya untuk setahun dan kemudian akn menyambung semula pengajian selepas tempoh sah jawatan.
Penemuduga : sayanglah saya rasa pengajian awak tinggal brape lama lagi?
L : ada lagi setahun.
Penemuduga : beginilah. Yg ni nasihat saya sebagai bapak. Saya rasa lebih baik awak habiskan dulu pengajian dan kemudian mohon semula utk KBS. Pasal apa, saya tengok awak ni komunikasi ada. Bahasa inggeris ada. Pengurusan ada. Sukan pun ada. Jadi kalau awk nak jd "ao" saya rasa rugi la. Lagi pun pengajian tinggal lagi setahun. Saya bukan nak patahkan semangat awak. Tp dengan ijazah yg awk ada ni mcm2 awk boleh buat. Ok? Ada apa2 yg awk x setuju atau awak rasa ada yg awk nak bg tahu pd kami ke...?
L : setakat ini saya jelas dengan penjelasan yg diberikan. Dan saya tak ada apa2 masalah dengan apa yg telah diperjelaskan. (Senyum!)
Penemuduga : terima kasih sbb datang. Sekurang2nya kita dapat berkenalan. Awk sendiri dpt pengalaman untuk berjumpa dan ditemuduga oleh kami. InsyaAllah kalau ada jodoh, kita akan jumpa utk temuduga yg lain. Jgn kecewa ya. Saya jujurnya suka dengan cara awak. Ini kali pertama saya belek resume sbb lain dr yg lain. Yg sebelum2 ni saya tak tengok pun. Tp mcm yg saya cakap td. Awak masih muda. Habiskan pengajian dulu. Kemudian, mohon semula utk jawatan pegawai.
L :baik tuan. Terima kasih atas peluang yg diberikan.
melangkah keluar dr bilik temuduga dengan senyuman. Tanda lega tanda puas. Pd L, It was a win-win situation. L datang utk penuhi permintaan ma n babah. Walaupun, hakikatnya hati berkeras utk habiskan pengajian. Sebab xnak yg dikejar x dapat. Yg dikendong berciciran. X rugi pun mengalah pada keadaan. Buat satu-satu ye. Thanks to Allah for make it easied for me.
Selesai sudah sesi temuduga L. Alhamdulillah. Verily, Allah is the best planner.
Bergegas pulang ke sarang pd malamnya. Sebab harini L ada kuiz penting. My favourite subject for this semester - phonetics and phonology. Yeah. Alhamdulillah. Selesai.
Malam ni, insyaAllah ada majlis tahlil utk almarhum Siti Aishah Yusop. Genap setahun pe,ergian almarhum. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.
Perjuangan masih perlu diteruskan. Semoga segala yg telah dilakukan menjadi ibadah kepadaNya. Amin.
Got to go readers. See uol later2 ya. Buhbye. Aurevoir.
0 comments:
Post a Comment