Tuesday, December 7, 2010

- puding roti marble sexy + salad timun mengancam

once again! A++ for my menu for today. ouh. sgt terharu when my mum loves the marble bread pudding so much. i'll take that as a compliment.

here's the recipe : PUDING ROTI MARBLE SEXY

bahan-bahan yang perlu dikisar
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
170ml krimer sejat
1/2 cawan air

bahan-bahan yang perlu didihkan
3 cawan air
sepaket agar-agar [boleh dikurangkan]
2 sudu besar butter [dicairkan]

penambah seri
3 sudu besar sebuk koko

allrite. kisar dulu bahan-bahan yang perlu dikisar. dalam masa yang sama didihkan bahan-bahan yang perlu dididihkan. selepas periuk yang berisi agar-agar itu mendidih, boleh masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. kemudian masukkan butter yang dicairkan. kacau hingga sebati. setelah menggelegak asingkan adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko. kemudian, segera masukkan adunan tersebut diselang-selikan senduk demi senduk ke dalam acuan atau pun bekas. akhir sekali, masukkan ia ke dalam peti sejuk. sedia dihidang dalam masa satu jam. siap!


yang ni pulak resepi : SALAD TIMUN MENGANCAM ;)

bahan - bahan yang perlu dikisar
sedikit udang kering
sedikit belacan
5 biji cili padi
garam dan perasa secukup rasa

timun dihiris halus
bawang besar secukup rasa dihiris halus
santan pekat setengah cawan
sebiji limau nipis/kasturi

simple. semua bahan-bahan tersebut digaulkan dalam mangkuk. limau nipis atau limau kasturi diperah. siap dihidang!

DONE!! these two menus only take about half an hour to be completed. all the best all. ;)

0 comments:

Post a Comment