Thursday, February 17, 2011

- kerana itu janjiNya, Maha Pencipta. :'(


Arwah Abd Muin Bin Abd Malek

semalam, 160211 perginya seorang saudara seagama L, saudara seagama kita yg beragama Islam. pulang kerana jemputan untuknya sudah tiba. semoga arwah tenang mengadap yg Maha Pencipta. itu janjiNya. x lewat sesaat. x jugak awal sesaat. persoalannya, bersediakah kita?

arwah dimasukkan ke GH Kuala Terengganu sebab kemalangan ngeri yg dialami. menurut sumber,arwah cuba melintas jalan dengan melawan arus trafik. ketika itu arwah sedang menunggang motor. dalam ketika yg sama ada seorang lg hamba Allah yg lain sedang cuba mengejar lampu trafik. bertembung. boleh bayangkan mcm mane kelajuan motor di jalan yg lurus sedang mengejar lampu isyarat dan arwah ketika itu berada di tgh jalan menghalang laluan motor yg laju tu? hmmm. Innalillah. arwah cedera teruk.

" FKI's student who met with the accident...doctor will pull out his life support machine by 2.00pm..."
said my lecturer, Mdm Akmah during our Sociology's class. masa tu jam lebih kurang pukul 1 petang kalo L x silap. n...what?!

L tergamam! x sangka. Ya Rahman. Berilah dia kekuatan untuk menghadapi ujianMu. Ampunilah dosa2 dia ya Allah. hanya itu yg sempat L bisikkan dlm hati. entah apa rase kala itu.

cube, bayangkan kita di tempat ahli keluarganya. saat kita tahu bahawa dia akan pergi meninggalkan kita. saat kita tahu bahawa dia yg tersayang akan meninggalkan kita. dia yg xkan pernah ada ganti lagi akan pergi meninggalkan kita. bersediakah kita untuk menerima hakikat itu? memang, semua org akan melalui pengalaman itu. cuma lambat atau cepat je bezanya. oh Tuhan. L belum mampu untuk menerima ujian itu. L belum kuat ya Allah.

menurut sumber, jam lebih 5 petang arwah akhirnya pergi jua dengan tenang tanpa dicabut mesin bantuan hayat. saat ayah dan ibunya berselisih pendapat. pastinya sukar. sangat sukar untuk si ayah untuk melepaskan anak lelaki sulungnya. bukan mudah. semoga arwah ditempatkan di kalangan para solehin. Al-Fatihah.

buat yg masih bernafas, jadikanlah kematian itu sebagai salah satu perkara yg membolehkan kita untuk muhasabah diri. sesungguhnya, ajal x mengenal siapa kita. andai telah tiba saat dijemput, kita akan tetap pergi. persoalannya, bersediakah kita? tepuk dada, tanya iman.

" dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami mengembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi..." - Surah Toha : 55

AL-FATIHAH

0 comments:

Post a Comment