Antara punca lazim menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan banyak angin ialah kekurangan enzim laktase yang bertanggungjawab mencernakan gula laktosa dalam susu dan produk tenusu. Ketiadaan enzim laktase menyebabkan laktosa yang tidak dicerna dipindahkan terus ke dalam usus besar dan melalui proses penapaian akibat tindakan bakteria. Dalam proses inilah banyak gas terhasil. *source!
L rase itulah penyebab yg L kekembungan neh. adudu. seksa ok. dah try memacam dah. xnak hilang. siap meneran! xnak keluar.!Ya Rabb, ringankan rasa x selesa ni. *sobs!
ada jugak antara sebab lain yg menyebabkan kekembungan selain rembesan benda alah itu. antaranye:
* Tekanan — Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.
* Merokok
* Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.
* Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara.
* Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.
* Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.
* Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.
L terlupa nak cerita. kali ni la yg L terasa gedik lebih dgn room mate. elok jek si ikin bg salam kt pintu bilik L terus 'Ikinn... bb akak hilang..' *ohemjay! ahahaha. x penah2 buat perangai ngengade dengan mane2 room mate sebelum ni. selalu elok je nampak gaya wanita besi. *kahhh!
ikin punyer respond - huh?! blackberry akak tu? akak perasan hilang kt mane??. nampak x gaya ikin menyiasat? *hekk!
so, tonight is the first night ever L 'lost' contact dgn boo. hope boo paham. 'bantuan kecemasan' dah dihantar! thankyou babe. *hurm!
esok hari yg super busy. nak post order la. nak g check blackberry la. nak check parcel la. nak g bank in duit la. nak settlekan training gamelan la. dengan kelas dr 11am-5pm la. semuanye esok! ouh. minggu ni adalah minggu berbaju kurung! kalau x pakai kang memang rabak kena geget sang semut je la baju2 kurung tu dlm almari. *kahh!
: : menunggu power bank ni sampai. #RM95 untuk 12kMaH. sila la deal dgn die. *hakk!
dahh. lenguh la nak bebel. hope esok beransur sihat. kalau ade bb lame dah mengadu kat boo. *gedik! bonne nuit. aurevoir.
0 comments:
Post a Comment